Tuesday, March 24, 2009

Perhimpunan Agung UMNO: Apa Yang Agung?



Saya masih teringat hikayat yang diceritakan kepada saya tentang sorakan kuat yang menggegar dewan sempena Perhimpunan Agung UMNO dahulu. Tidak kurang juga sokongan padu seluruh perwakilan kepada semua barisan pimpinan membuktikan keterampilan yang ada pada diri mereka.

Namun, segalanya berlalu... zaman keemasan iaitu era Mahathir-Anwar sudah mustahil untuk diganti. Mahathir terkenal dengan wawasan yang jelas dan pengaruh antarabangsa. Pelbagai gelaran dicanang kepada beliau membuktikan sifat kepahlawanan. Tidak kurang juga Anwar yang berpengaruh di kalangan NGO dan dunia Arab serta mahasiswa. Penglibatan beliau dalam gerakan pelajar (Presiden PKPIM), NGO (Presiden Abim)dan hubungan rapat beliau dengan tokoh barat dan Islam menjanjikan pemimpin perwira akan menggantikan pemimpin berkepahlawanan.

Kini segala-galanya hampa...sebelum perhimpunan lagi Presiden UMNO sudah mengibarkan bendera putih mengaku kalah kepada timbalannya yang lemah dari aspek susur galur aktivisme dan pemikiran.

Untuk tontonan umum saya muatkan Video khas Pidato Anwar ketika Perhimpunan Agung UMNO dahulu...Untuk kenang-kenangan



Perhimpunan Agung Umno ' 97 - Anwar Ibrahim - Click here for the funniest movie of the week

2 comments:

Mior Azhar said...

Salam Faisal,
Jumpa kat sini ler pulak... betul bagai dikata... UMNO sudah dihujung hayat kot?

Beberapa minggu lalu cousin Faisal ... namanya Fadhil ke Fazil ada dth berziarah ke rumah Abang A'a... soreh punya soreh laa anak sedara Pak kecik rupanya...

Kirim salam pd semua ya

Faisal Aziz said...

Insya Allah. Terima kasih. Tak sangka pulak saya abg A'a tau blog saya...Rasa segan pulak.

 
Photography Templates | Slideshow Software