Wednesday, May 5, 2010

6 RESOLUSI FORUM “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”



KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
5 Mei 2010/ 20 Jamadil Awwal 1431 H

6 RESOLUSI FORUM “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”

Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) yang berlangsung pada 4 Mei 2010 di Kuala Lumpur telah berjaya mencapai enam resolusi.

Dalam pada itu, Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” tersebut telah menampilkan tiga orang panel jemputan. Mereka adalah N. Surendran selaku peguam untuk keluarga adik Aminulrasyid, Raja Badrol Hisham merangkap pensyarah Undang-undang Prosedur Jenayah, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), dan Wong Chin Huat dari Civil Rights Committee. Sementara itu, forum yang telah dipengerusikan oleh Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz juga telah dimulakan dengan bacaan puisi “Jeritan Senja September” oleh Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said.


Enam resolusi yang dicapai bersama adalah seperti berikut:
1)Mendesak pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memastikan siasatan yang
adil dan telus.
2)Menggesa dikuatkuasakan Independent Police Complaint & Misconduct Commission
(IPCMC)
3)Menyeru pihak yang terlibat tampil untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf secara
terbuka kepada keluarga mangsa.
4)Menuntut pihak media agar memberikan laporan yang tepat dan telus kepada orang
awam.
5)Memastikan wujudnya elemen “semak dan seimbang” terhadap kuasa dan bidang tugas
Kementerian Dalam Negeri (KDN).
6)Mendesak agar Ketua Polis Negara diganti oleh anggota yang lebih berintegriti,
amanah, profesional, dan kredibel demi menjaga nama baik institusi polis.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang hadir memberi sokongan terhadap usaha untuk menegakkan keadilan dan hak asasi rakyat ini.



MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ (860813-38-5543)
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

1 comments:

Gen_Sec86 said...

Sedih dengan peranan media yang kerap berat sebelah. Apalah salahnya jika ditapis komen-komen atau surat-surat pembaca yang berat sebelah dan beremosi. Sedang siasatan sendiri masih belum selesai. Sabar..

Lebih berminat untuk mengikuti kes ini dari Kamal Affendi sendiri di blognya.

 
Photography Templates | Slideshow Software