Sunday, January 13, 2008

Pertemuan Bersama Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) telah mengadakan satu pertemuan tertutup dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) En. Yunus Abdul Ghani bertempat di ibu pejabat PTPTN di Wisma Chase Perdana, Damansara pada 3 Januari 2008 yang lalu.

Pertemuan dibuat berikutan kebimbangan mahasiswa yang telah disuarakan oleh di pihak PKPIM di dada akhbar tempatan sebelum ini. Pada pertemuan tersebut, PKPIM telah menyerahkan memorandum yang mengandungi tuntutan mahasiswa Malaysia supaya pengurusan pinjaman dan pembayaran balik wang pinjaman PTPTN lebih baik dan selaras dengan tuntutan syari’ah.

Delegasi PKPIM yang diketuai oleh Presiden PKPIM, Mohd. Hilmi Ramli turut disertai oleh Mohd. Firdaus Mohd. Khairi, Timbalan Presiden, Abdul Muntaqim Zulkipli, Setiausaha Agung, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Exco Pendidikan & Penyelidikan dan Rashdan Abu Hasan, Exco GEMPA.

Dalam pertemuan yang disifatkan sebagai sangat positif itu, PKPIM dan PTPTN telah berbincang dengan rasional berhubung isu-isu yang dibangkitkan berkaitan PTPTN, seperti caj perkhidmatan 3% yang dikenakan. Pada pertemuan itu, PTPTN telah memberikan penjelasan berkenaan dengan sistem sedia ada dan menyatakan komitmen untuk menjadikan sistem yang digunakan PTPTN berteraskan syari’ah.


(Kandungan Memorandum)

MEMORANDUM CADANGAN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNTUK PENAMBAHBAIKAN SISTEM PTPTN

3 JANUARI 2008 / 24 ZULHIJJAH 1428H

Kepada,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.


Daripada,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Sekretariat PKPIM Pusat, Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Gombak, Kuala Lumpur.






1.0 LATARBELAKANG & PERNYATAAN ISU

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan institusi kewangan yang bertujuan memberi pinjaman kepada pelajar. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997.
Fungsi PTPTN:

1. Mengadakan dan memberikan pinjaman pendidikan berbentuk bantuan kewangan selain pinjaman pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pinjaman;
2. Memungut deposit, mereka bentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan
3. Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Kehadiran PTPTN telah membantu segolongan besar pelajar untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti. Namun demikian, ada beberapa isu yang melingkari system pinjaman yang telah dan sedang dilaksanakan oleh PTPTN:

1.1 Para pelajar yang membuat pinjaman daripada PTPTN akan dikehendaki untuk membayar balik pinjaman dengan dikenakan caj bagi kos pentadbiran sebanyak 3% (sebelum 1 Januari 2004 caj adalah sebanyak 4%) setahun atas baki berkurangan.

1.2 Caj pentadbiran sebanyak 3% tersebut adalah merupakan praktis riba’ yang tidak dibenarkan dalam Islam. Justeru, caj pentadbiran tersebut dipersoalkan oleh ramai pihak dan banyak tuntutan mula dilakukan agar caj tersebut dinilai semula atau dimansuhkan terus.

1.3 Amalan riba’ adalah amalan yang sangat buruk dan sangat ditegah dalam Islam. Caj tambahan atas pinjaman yang diberikan adalah dibenarkan dalam Islam asalkan caj itu adalah benar-benar caj perkhidmatan yang dinyatakan secara jelas dan merupakan kos sebenar perkhidmatan.

1.4 Susulan daripada caj tambahan itu, seolah menampakkan PTPTN tidak telus dalam menyatakan kepada orang ramai, khususnya peminjam, tentang caj perkhidmatan yang dikenakan melalui caj 3% tersebut kerana kos sebenar perkhidmatan masih lagi tidak diketahui umum.

1.5 Isu lain yang berbangkit juga ialah mengenai hak memperolehi pinjaman PTPTN. Ini memandangkan ada sesetengan golongan yang berada turut memperolehi pinjaman PTPTN menyebabkan berlaku salah guna PTPTN. Duit pinjaman itu digunakan untuk membeli kereta, telefon bimbit canggih, pakaian mahal dan lain- lain.

1.6 Selain daripada itu, isu yang lebih central ialah mentaliti berhutang. Majoriti graduan hari ini menghadapi masalah ‘mentaliti berhutang’ apabila keluar daripada pusat pengajian tinggi. Mentaliti ini menghambat mereka yang sudah tentu generasi muda untuk memikirkan masalah yang lebih utama. Dalam Islam sendiri, sebenarnya orang yang berhutang itu jika belum membayar hutang adalah dalam kedudukan yang ‘hina’. Dalam Hadis, Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: ”Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” (Riwayat al-Baihaqi)


2.0 HUJJAH DAN DALIL

2.1 Caj tambahan 3 % yang dikenakan atas setiap peminjam itu boleh dikategorikan sebagai riba’, kerana dalam Islam setiap tambahan atau lebihan dalam pinjaman adalah riba’. Dalam konteks ini, syariat jelas memperincikan bahawa hutang atau pinjaman tidak boleh dikenakan sebarang caj tambahan sama ada bersifat faedah mahupun perkhidmatan. Prinsip ini turut dipertegaskan dalam satu hadis: “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman maka ia adalah riba”.

2.2 Dalam Al- Quran Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah:278).

2.3 Kecelakaan riba ini turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan dalam satu hadis: “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim).

2.4 Demikianlah bahana riba yang dikategorikan sebagai dosa besar yang bukan sahaja diumpamakan seperti berzina dengan ibu kandung sendiri malah lebih parah lagi sehinggakan Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap pengamalnya.


2.5 Namun demikian, hujjah 3 % sebagai caj perkhidmatan telah dijelaskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 hasil daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-51. telah membuat keputusan bahawa “PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar.”

2.6 Akan tetapi, caj perkhidmatan 3 % itu sebenarnya mengundang masalah lain dalam Syariah, iaitu ‘Gharar’ iaitu ketidakpastian atau ‘uncertainty’. Isu ‘gharar’ ini boleh dikategorikan sebagai sebuah penipuan atau ketidaktelusan dalam transaksi kewangan. Dalam Syariah, aspek telus perlu diambil kira dalam setiap transaksi kewangan.

2.7 Berkenaan dengan kos perkhidmatan pula, Majlis Syariah AAOIFI dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah OIC (Persidangan Negara-negara Islam), mengeluarkan resolusi yang jelas dengan menyatakan bahawa caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal sahaja. Manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.

2.8 Situasi graduan yang berhutang juga menyebabkan mereka menghadapi mentaliti berhutang. Dalam Islam, manusia yang berhutang sebenarnya hidup dalam ‘kehinaan’, seperti dalam sebuah Hadis, Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: ”Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” (Riwayat al-Baihaqi)

3.0 CADANGAN PKPIM

3.1 PKPIM mencadangkan agar pihak PTPTN menetapkan caj bagi kos perkhidmatan secara jelas. Pihak PTPTN hendaklah menyatakan pecahan kos bagi kos perkhidmatan secara jelas, dan seterusnya menetapkan caj perkhidmatan yang tetap dan bukan lagi berdasarkan kepada peratusan daripada jumlah pinjaman. Sebagai contoh, jika kos perkhidmatan dikatakan RM 500, sebutkan terus nilainya, tanpa perlu sebut peratus seperti 3 %. Ini kerana nilai peratus mengundang kemusykilan dan ketidakpastian (gharar) yang ditegah dalam Islam.
`
3.2 PKPIM mencadangkan agar pihak PTPTN mewujudkan satu panel syariah yang akan bertanggungjawab untuk memantau dan menjadi perunding bagi memastikan praktis kewangan PTPTN selari dengan syariah Islam. Hal ini pasti sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perbankan dan kewangan Islam sedunia. PKPIM mencadangkan agar PTPTN memanfaatkan pakar-pakar kewangan dan ekonomi Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang telah menyatakan kesediaan untuk membantu PTPTN dalam hal ini. PKPIM sudah pun mendapat kepastian daripada pakar- pakar kewangan dan ekonomi Islam yang sudi membantu PTPTN.

3.3 PKPIM menggesa agar semua institusi agama, syarikat- syarikat swasta, Goverment Link Company (GLC), serta golongan kaya supaya membantu golongan mahasiswa hari ini dengan memberi biasiswa atau dermasiswa bagi memudahkan proses pembelajaran mereka di universiti. Usaha ini diharapkan sebagai satu pelaburan sekaligus mengelakkan budaya berhutang yang melingkari graduan universiti hari ini.

4.0 BADAN SOKONGAN

4.1 Akademi Pemikiran Pelajar Islam Malaysia (APPIM)
4.2 Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)
4.3 Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN)
4.4 Kelab Intelektual Muda Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
4.5 Kelab Rakan Masjid Universiti Teknologi Mara (UTM)
4.6 Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
4.7 Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
4.8 Persatuan Bahasa Melayu UM
4.9 Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
4.10 Persatuan Pembimbing Insan Pulau Pinang (PEMBIMBING)
4.11 Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
4.12 Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS)

Wednesday, January 2, 2008

Lets Talk About Morality In Malaysian Government



Exclusive interview with News Straits Times
Wednesday January 2, 2008

Malaysian HEALTH Minister Datuk Seri Dr Chua Soi Lek was in an uncomfortable position yesterday as he faced down pressmen regarding to his appearance in sex DVD
Q: Datuk, do you know who is behind the tape?
A: If you look at the statement, what is left out is why have they done this tape. The reason is obvious. But that is not in the statement.
Q: Any idea, Datuk, who did it?
A: Who has done it is not important, I already said I will not speculate.
Q: Could it be a political rival?
A: I don’t know and I will not speculate and it is not important.
Q: What is your position now?
A: All the ministers serve at the pleasure of the prime minister.
Q: How about making a police report?
A: I will think about it. The police have already started their own investigation. Intruding into people’s privacy is an offence.
Q: Is this a bid to end your political career?
A: That I do not know and I leave it to all party members, my leaders and all Malaysians to be the judge. I will not speculate.
Q: Could there be some efforts to tarnish what you have done?
A: I have already said the reason the tape was made and the agenda was obvious.
Q: What was the Prime Minister’s reaction when you met him?
A: I met the Prime Minister, the Deputy Prime Minister and (the) MCA president, and (what their reactions were) I think it is appropriate for you all to ask them. I cannot represent them and give views about myself.
Q: When did you meet the PM?
A: I met the Prime Minister yesterday.
Q: When did you know about the tape?
A: On Sunday.
Q: Have you seen the video?
A: Yes.
Q: How did you get the tape?
A: A friend passed it to me.
Q: Will you make a police report?
A: I will give it serious thought.
Q: How did your family take it?
A: My wife and my children issued a statement today through Bernama.
Q: Are you still doing ministerial work?
A: I have two functions today: one at Segamat Hospital and after this I will go to Bekok to meet the Indian community. I will never let people down, I will not let it affect or hinder me from performing my duties as a minister, MP or party leader.

Additional information

Who was the woman? : My “personal” friend

Current situation? : My family, wife and children have personally accepted my
apology.

Future career? : I leave it to party members, leaders and the Malaysian public
to be the judge. It's not for me to speculate.” (but recently step
down)

Determination : I will not let people tarnish, prevent and stop me from carrying the
duties entrusted to me as a minister, MP and party leader…

Investigation : I will assist in the police investigations. It is a crime to intrude
into people’s privacy or into a person’s room..

Currently : He tendered his resignation as Health Minister, MCA vice-president,
Johor MCA chief and Labis MP.

 
Photography Templates | Slideshow Software