Sunday, April 26, 2009

PKPIM desak tarik balik keputusan kabinet

www.malaysiakini.com

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari, Naib Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Muhammad Faisal berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

"Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

"Justeru, PKPIM berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan," tegas Muhammad Faisal.

PKPIM juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

'Campuri bidang kehakiman'

"Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan," kata Muhammad Faisal.

Oleh itu, katanya, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang "membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak".

Sehubungan itu, katanya, PKPIM turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Friday, April 24, 2009

Kabinet Malaysia Islam Liberal?

Saya terkilan dengan apa yang diputuskan Kabinet baru-baru ini di mana keputusannya mempunyai ciri-ciri Islam liberal. Bolehkan isu murtad diputuskan oleh Kabinet yang pengerusinya bukan Islam iaitu koh Tsu kon?

Hakikatnya ini lah yang telah diputuskan.

Dalam pada itu, saya menyokong saranan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa keputusan kabinet - iaitu anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti. Rujukan itu perlu bagi mengelak timbulnya kekeliruan,

Kita juga menyokong saranan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)yang mahu jemaah menteri mengkaji semula keputusan berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Saranan tersebut bernas memandangkan sekiranya keputusan ini diteruskan, ia akan mewujudkan satu suasana seolah-olah pihak kehakiman terikat dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan. Sedangkan ia tidak sepatutnya dikacau atau diganggu.

Saranan MCA tentang ekuiti Melayu: Apa tindakan UMNO?

Hapuskan syarat ekuiti semua sektor
KUALA LUMPUR 23 April - MCA mahu kerajaan meliberalisasikan semua sektor dalam ekonomi negara daripada syarat peruntukan ekuiti secara berperingkat sejajar perjanjian perdagangan ASEAN yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Sambil menyambut baik tindakan kerajaan itu, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng berkata, buat masa ini, terdapat sembilan sektor lagi yang masih mengguna pakai syarat peruntukan ekuiti yang perlu dihapuskan dalam semangat Satu Malaysia.

‘‘Sektor-sektor itu ialah hartanah, pertahanan dan penyedia perkhidmatan keselamatan negara, pembekalan utiliti, agensi pelaburan kerajaan, lapangan terbang, penerbitan serta percetakan dan penerbitan semula,

‘‘Tiga sektor lain yang juga diharapkan oleh MCA ialah telekomunikasi termasuk pengeluaran perisian komputer, pengangkutan awam dan institusi kewangan dan perbankan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kerajaan membuat keputusan untuk meliberalisasi 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan yang menghapuskan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan.

Sektor perkhidmatan merupakan komponen penting yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2008 dan mewakili 57 peratus dari jumlah pekerjaan di Malaysia.

Jom ke Pentas 152...


Program: "Pentas 152" Hari : Ahad
Tarikh. : 26 April 2009
Masa. : 8.00 malam- 11.00 malam
Tempat di Rumah AIC : Petaling Jaya

Penganjuran program Pentas 152 ini adalah bertujuan untuk meneruskan warisan perjuangan Bahasa Kebangsaan dan memberi kesedaran kepada anak-anak muda betapa pentingnya memelihara bahasa kebangsaan dari terus dihakis terutamanya dengan pelaksanaan dasar 'Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris (PPSMI).

Kemuncak program ini, Sasterawan Negara A Samad Said dijemput untuk
memberi amanat kepada pejuang muda untuk terus mempertahankan
bahasa kebangsaan dari anasir perosak.

Boleh tengok ,ive melalui : anwaribrahimclub.com


Peta ke rumah AIC...

Thursday, April 9, 2009

Senarai Kabinet Baru Najib

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Tuesday, April 7, 2009

Kemenangan PR di Bukit Gantang satu referendum rakyat?


Sebelum ini terdapat penganalisis yang meramalkan rakyat Perak mahu berubah dan menyokong pelantikan Dato Zambri sebagai Menteri Besar yang baru. Berdasarkan kepada laporan di media arus perdana, hampir setiap hari sudah pasti akan ada ahli pakatan rakyat yang sertai Barisan Nasional. Walaubagaimanapun, tidak kurang juga ada analisis yang menunjukkan rakyat perak masih mahukan Dato Seri Nizar untuk menerajui kepimpinan Perak.

Namun, keputusan rakyat untuk terus memilih Pakatan rakyat adalah segala-galanya. Berdasarkan keputusan rasmi, PR -PAS menerusi calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calon PR itu memperoleh 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian pula memperoleh 19,071 undi. Dalam pada itu, calon bebas memperoleh 62 undi dan hilang wang deposit.
.
Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Sebelum ini Dato Ngeh Ku Ham mencadangkan agar Dato Seri Nizar dan Dato Zambri berentap sebagai calon Parlimen Bukit Gantang sebagai kayu pengukur kepada kemahuan rakyat Perak. Walaubagaimana pun cadangan tersebut tidak dapat direalisasikan.

Sememangnya keputusan Bulit Gantang itu dinantikan semua pihak dengan perasaan yang berdebar-debar berikutan krisis perlembagaan perak yang sedang dilalui. Walaupun dinafikan sesetengah pihak bahawa ini suatu refleksi kepada pilihan rakyat sebagai pemerintah negeri Perak, beberapa faktor jelas boleh dijadikan asas untuk memperkukuhkan perkara tersebut. Antaranya termasuklah:

1)Kemenangan Dato Seri Nizar sendiri
2)Kemenangan dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya umum lepas
3)DUN Kuala Sepetang (Osman Jailu) terletak di bawah Parlimen Bukit Gantang
4)Berlaku dalam masa politik Perak hadapi krisis perlembagaan

 
Photography Templates | Slideshow Software