Thursday, December 1, 2011

Perhimpunan Membela Penduduk Matau


Ayuh Bersama Penduduk kampung Matau Untuk Melawan!

Sebuah perhimpunan bagi membantah perobohan rumah penduduk asal Kampung Matau, Bandar Tun Razak Jengka (Bandar Pusat Jengka) Pahang akan diadakan. Perhimpunan ini memerlukan sokongan ramai dari pelbagai pihak dalam masyarakat supaya perobohan rumah mereka ini akan mendapat pembelaan.

Tempat tinggal mereka sekian lama bakal dirobohkan. Butiran perhimpunan adalah seperti berikut:-

Tarikh: 2hb 12 2011 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang (selepas solat Jumaat)
Lokasi Berhimpun: Pintu Masuk Kampung Matau


Matau merupakan sebuah kampung yang diwujudkan sekitar tahun 50-an oleh pekerja-pekerja yang menerangkan tanah hutan Jengka (sebelum dijadikan Felda). Mereka membina kampung ini dan terus bermastautin di sana. Melalui info yang BTJ perolehi, tanah kampung ini adalah milik kerajaan. Ya, benar ia milik kerajaan tetapi wajarkah menghalau penduduk kampung ini tanpa memberi sebarang pampasan? Di mana tempat mereka akan tinggal dan berteduh?

Kampung ini dianggarkan didiami kurang lebih 200 keluarga yang terdiri dari 100% orang Melayu. Tanah kampung Matau ini akan dimajukan oleh Majlis Daerah Maran untuk tujuan pembangunan iaitu mendirikan bangunan kedai. Tujuannya baik untuk ekonomi tetapi di mana rasa perikemanusiaan Majlis daerah Maran yang mahu meroboh rumah mereka tanpa sebarang timbal balik yang menguntungkan kedua-kedua belah pihak. Kita boleh kata itu tanah kerajaan dan ia hak mutlak kerajaan kerana mereka ini bukan dari kalangan keluarga kita. Bagaimana jika mereka ini adalah sanak saudara kita? Sanggupkah kita biarkan mereka merempat?

Sekarang ada beberapa individu dan pihak walaupun tidak ramai yang sudi menghulurkan bantuan. Saudara Ahmad Nizam Hamid, seorang peguam di Temerloh akan mengfailkan injuksi bagi menghalang operasi merobohkan rumah penduduk kampung Matau ini. Namun, mereka yang prihatin dan simpati ini perlukan juga sokongan dari seluruh masyarakat sekitar Jengka atau seluruh Malaysia untuk memberi kekuatan mental, fizikal dan kewangan bagi mendapatkan jaminan bahawa nasib penduduk kampung ini terbela.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara Ahmad Nizam Hamid di nombor 019-9554246.

2 comments:

Batu Tepi Jalan said...

http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/hebahan-himpunan-membela-penduduk.html

cil said...

Assalamualaikum sdr Faisal,

Berkait dengan isu kampung Matau, Jengka ini, saya juga amat bersimpati dengan penduduknya.

Bagi menyertai usaha menonjolkan permasaalahan mereka ini, saya telah mengutarakan isu ini dalam forum MYkmu, iaitu sebuah portal penyokong tegar Umno.

Di forum itu:

Hebat Khalid Ibrahim: Kedai Melayu Di Roboh Di Selangor!

mulai page 3, saya telah memuatnaik segala fakta yang saya ada mengenai isu tersebut.

Isu itu mendapat komen yang amat negatif daripada penyokong Umno pada perengkat awalnya.

Bagaimana pun setelah fakta-fakta dibentangkan dan perbandingan apa yang dinikmati oleh kaum Cina di Sungai Jerik, mulai page 5 dan 6 telah menampakkan penyokong tegar Umno mulai rasional.

Diantara isu yang saya tidak dapat temui dan amat penting ialah:

Adakah pehak kerajaan negeri Pahang pernah mebuat tawaran balas kepada penduduk, keatas cadangan mengambil kawasan itu?

Sudah jenuh saya meng google tetapi tidak menemui sebarang bukti kerajaan Pahang pernah menawarkan sebarang bentuk pampasan kepada penduduk terbabit.

Jika sekiranya sdr ada maklumat tawaran kerajaan pahang, sudialah apa kiranya sdr memberi kepada saya untuk di teliti dan seterusnya jika sesuai, saya akan hujahkan dalam forum tersebut.

Atau jika sdr sendiri ingin membantu dalam forum itu, sdr boleh mendaftar masuk dan sertailah bersama saya untuk membela saudara-saudara kita itu melalui flatform ini sementara ianya di bawa ke mahkamah.

Untuk makluman sdr, forum ini merupakan forum tertua penyokong Umno ditubuhkan sejak pemecatan DS Anwar.

Ianya mendapat restu dan diancarkan oleh Mahathir. Kumpulan pengendali forum ini juga telah mengadakan perjumpaan khusus dengan DS Najib sekurang-kurangnya sekali, sejak beliau jadi PM.

Dengan itu forum ini sememangnya senantiasa dipantau oleh pehak tertentu di keliling Najib dan isu yang dibangkitkan akan sampai dengan cepat kepada beliau.

Saya percaya sdr tentu mempunyai sedikit sebanayk maklumat, tetapi yang penting ialah mengenai JANJI Umno yang kita boleh tuntut.

Harap mendapat pertimbangan sdr.

kancil3@hotmail.com

 
Photography Templates | Slideshow Software