Friday, May 30, 2008

[Siri 2] : 13 Mei : Permasalahan Melayu dan agenda penyelesaian yang baru

SAMBUNGAN DARI SIRI 1....
Faktor keempat pula adalah kerana kita seringkali menggunakan model pembangunan bekas penjajah yang tidak bersesuaian dengan situasi dalam negara. Penjajah barat mendoktrinkan penduduk tempatan bahawa niat sebenar mereka adalah murni iaitu untuk memajukan negara-negara yang dijajah.

Orang Britain menganggap usaha ini sebagai “beban orang putih”, manakala orang Perancis pula menyifatkannya sebagai “misi ketamadunan”. Lord Cromer, seorang konsul Britain di Kaherah pada tahun 1883 merupakan contoh unggul untuk menggambarkan anggapan ini yang di mana tindakan beliau telah menggambarkan gerakan imperialisme sebagai gerakan kebajikan.

Pada hakikatnya, model yang disajikan oleh barat adalah bertujuan untuk meneruskan kuasa penjajahan tetapi dalam bentuk yang baru. Joseph Stiglitz dalam bukunya “Globalization and its discontents” menyatakan bahawa peraturan ekonomi yang ditentukan Amerika adalah usaha untuk memiskinkan negara-negara membangun.



Sebagai contoh, International Monetary Fund (IMF) telah mengarahkan negara membangun supaya membebaskan ekonomi domestik mereka tetapi Amerika sendiri melindungi sektor pertanian sehingga produk pertanian mereka jauh lebih murah berbanding negara lain. Antara contoh kesannya adalah produk pertanian negara Mexico seperti gula telah bankrap ekoran kegagalan untuk bersaing dengan produk Amerika.

Pensyarah Undang-undang di Universiti Yale, Amerika Syarikat, Prof Amy Chua menyatakan bahawa kegagalan pihak kerajaan untuk membentuk satu model bagi mengurangkan jurang kekayaan dan membasmi kesenjangan antara yang kaya dan miskin boleh menimbulkan rusuhan kaum.


Prof Dr Amy Chua

Peristiwa 13 Mei 1969 sebenarnya adalah lanjutan daripada kegagalan model dan teori pemodenan barat dalam memajukan negara ini. Lantaran itu wujudlah konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berlandaskan acuan kita sendiri untuk menyusun semula ekonomi masyarakat.

BERSAMBUNG KE SIRI TERAKHIR.....

0 comments:

 
Photography Templates | Slideshow Software