Sunday, November 30, 2008

Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI Berjaya Capai Sasaran

AKTA BAHASA KEBANGSAANBERITA HARIAN 4 Disember 200830 November, Gombak - Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI anjuran Gerakan Anti-PPSMI (GAP) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diadakan di sini pada hari ini berjaya mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. Panelis-panelis forum tersebut terdiri daripada En. Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Koordinator Kampus TERAS dan Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM. Forum tersebut diselia oleh Sdr. Muhamad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM sebagai moderator.Forum...

Friday, November 21, 2008

Palestin: PKPIM Serah Memorandum Kepada PM

HarakahDaily.netPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) atas rasa prihatin dan sifat kemanusiaan, hari ini menyerahkan ‘Memorandum Penempatan Semula Pelarian Palestin yang Berada di Kem Pelarian Sempadan Syria-Iraq di Malaysia’ kepada Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada pukul 10.30 pagi(21 November 2008). Memorandum tersebut bertujuan untuk menggesa kerajaan Malaysia menerima program penempatan semula pelarian Palestin yang kini berada di kem pelarian sempadan Syria-Iraq di Malaysia. Penyerahan memorandum tersebut dilaksanakan oleh Muhammad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM yang...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software