Tuesday, August 25, 2009

Perutusan Kemerdekaan oleh Presiden PKPIM

Merdeka & Sarwa Pandang Anak MudaAbad ini telah menyaksikan dunia Islam telah mengalami proses untuk membebaskan dirinya daripada cengkaman penjajah. Akan tetapi perkembangan dunia Islam selepas perjuangan kemerdekaan rata-ratanya kosong dari segi roh penghayatan dan pengisian kemerdekaan. Sebagai contoh, di setengah negara, penjajah telah digantikan dengan diktator pribumi yang adakalanya lebih kejam dari penjajah yang diusir. Sementara itu, krisis akhlak dan jati diri anak muda di negara yang disebut semakin menular dan telah melepasi garis kebimbangan. Ditambah pula dengan sifat dan adab murninya yang sudah ditutupi oleh tabir kenyataan masyarakat yang secara zahir dhaif budinya. Situasi ini menuntut suatu rencah baru untuk disajikan kepada generasi muda hari ini. Secara umumnya, perencanaan...

Pemansuhan PPSMI: PKPIM GESA KERAJAAN BERTEGAS

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan pada pada 8 Julai lepas terlalu rapuh dan boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.Dalam pada itu, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa tempoh pemansuhan dasar PPSMI berkenaan akan berlanjutan dari 2012 sehingga ke tahun 2016. Bagi PKPIM tindakan untuk melanjutkan tempoh pemansuhan dasar berkenaan menunjukkan suatu petanda bahawa...

Monday, August 10, 2009

Ramadhan shahrul tarbiyyah

Pendidikan Ramadhan ...

Laksana idea bernas generasi muda

Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kerajaan kini melaksanakan pendekatan pengupayaan golongan muda bagi mendapatkan idea bernas mereka untuk memacu pembangunan negara yang lebih cemerlang.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiga ciri pentingnya ialah menghormati permintaan orang muda, menjadikan mereka sebagai rakan kepimpinan dan memberi ruang lebih luas mereka berfikir serta berorientasi mengikut ajaran Islam."Orang muda lebih mudah 'duduk semeja', mempunyai pendapat yang bijak dan mampu berbincang lebih rasional walaupun berbeza fahaman politik dan ini sudah terbukti sejak dulu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 di Kompleks MAYC di sini hari ini.Acara anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software