Tuesday, August 24, 2010

KONFLIK MALAYSIA-INDONESIA: PKPIM DESAK HORMATI RUKUN MUAFAKAT


KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
24 Ogos 2010/ 14 Ramadhan 1431 H

KONFLIK MALAYSIA-INDONESIA: PKPIM DESAK HORMATI RUKUN MUAFAKAT

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang dilaporkan telah melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan termasuk bendera Malaysia sambil dipijak-pijak dalam satu tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta.

PKPIM menggesa agar agar seluruh mahasiswa dan generasi muda Indonesia supaya bertenang dan jangan sama sekali terpengaruh dengan tindakan provokasi murahan yang sengaja diadakan oleh pihak tertentu untuk menjerumuskan umat Islam kedua-dua negara ke dalam konflik yang direncanakan.

Justeru, PKPIM mendesak agar seluruh anak muda khususnya mahasiswa Indonesia agar sama-sama menghormati lima Rukun Muafakat dan pendirian bersama yang dicapai sebagai panduan dan inisiatif untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan.

Lima Rukun Muafakat tersebut telah dipersetujui antara pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili seluruh pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili seluruh pelajar Indonesia atas keinsafan berdasarkan hakikat bahawa terdapat usaha untuk memecahbelahkan rumpun Melayu-Islam antara kedua-dua negara.

Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama yang telah ditandatangani pada 11hb September 2009 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1430H oleh Presiden kedua-dua persatuan ini telah menegaskan lima perkara yang seharusnya dijadikan sebagai pendirian sikap antara mahasiswa kedua-dua negara.

Kelima-lima Rukun Muafakat berkenaan adalah:

1) Menginsafi nilai persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara.

2) Memberi keutamaan kepada pendekatan yang bersifat musyawwarah, diplomasi, perbincangan dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama.

3) Menjauhi sebarang tindakan yang bersifat emosi semata-mata di mana akhirnya menjurumus kepada kekerasan dan kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian.

4) Menyeru genereasi pelajar kedua-dua negara untuk memupuk persefahaman yang ampuh dan jitu dalam semua aspek termasuk kebudayaan, idealisme, ekonomi, sosial, keselamatan dan sebagainya.


5) Melahirkan generasi pelajar Malaysia- Indonesia sebagai agen penyatu masyarakat kedua-dua negara sekiranya terdapat sebarang konflik terkemudian yang timbul.
Maka, atas rasa tanggungjawab, PKPIM mengharapkan agar lima rukun ini sentiasa dihormati dan disemangati oleh anak muda kedua-dua buah negara memandangkan jalinan pertalian antara kedua-dua negara seringkali dilihat rapuh dan goyah.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM sentiasa mengalu-alukan medium perbincangan dan rundingan untuk kita bersama-sama tamatkan sebarang bentuk dan usaha provokasi yang sentiasa mahu dinyalakan oleh pihak tertentu.

Saturday, August 21, 2010

Barisan Pimpinan PKPIM Sesi 2010/2011

Presiden : Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz (KPIP)

Timbalan Presiden : Akmal Afiq Bin Mohamad (KPIP)

Naib Presiden Antarabangsa : Ahmad Fahmi Bin Samsudin (KEPITAR)

Naib Presiden Kebangsaan : Mohd Khairul Ridhuan Adha Bin Akhiar (PPINS)

Naib Presiden HEWI : Syarifah Sumayyah Binti Syed Malick (PPIWP)

Setiausaha Agung : Abu Qassim Nor Azmi (PPINS)

Bendahari Kehormat : Nur Syafafwati Binti Mohd Sahimi (KPIP)

Timbalan HEWI 1 : Fatin Nur Majdina Binti Nordin (PEMBIMBING)

Timbalan HEWI 2 : Siti Nur Sakinah Binti Ahmad Budiman (PPIWP)

Penolong Setiausaha 1 : Siti Nur Dalila Melitulsamsi (KPIJ)

Penolong Setiausaha 2 : Mohd Shahril Effendi Bin Mohd Yunus (KPIP)


Barisan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sesi 2010/2011

1. Dakwah & Tabiyyah :

-Mohamad Fazril Bin Mohd Salleh (KPIP)

-Mohd Arrabe’ Bin Baei (PEPIAS)

-Puteri Raudhah Binti Megat(KPIP)


2. Pendidikan & Penyelidikan :

-Wan Mohamad Wasif Bin Wan Mohamad (PPIWP)

-Ahmad Afif Bin Ahmad Mohtari Yasim (PPIK)


3. Bimbingan Latihan & Pembangunan

-Azizan Bin Ajiji (PERKEPIS)

-Muhamad Zikri Bin Jinal (PPIWP)

- Atiqah Syairah Binti Shaharuddin (PEPIAS)


4. Dokumentasi & Penerbitan

-Mohd Syahiran Bin Muhammad (PPIK)


5. Sektretariat Perhubungan Antarabangsa

-Mohd Shazni Bin Abdullah (PERSIDA)

Sunday, August 15, 2010

PKPIM Lancar Tabung Mangsa Banjir Pakistan


Majlis Pelancaran di Putra World Trade Center (PWTC) baru-baru ini

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

17 Ogos 2010/ 7 Ramadhan 1431 H

PKPIM LANCAR TABUNG MANGSA BANJIR PAKISTAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada rayuan yang dibuat oleh Duta Besar Pakistan di Malaysia Masood Khalid kepada semua warga tempatan untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir besar di negara berkenaan yang telah mengorbankan hampir 2,000 nyawa serta mengakibatkan 14 juta penduduk hilang tempat tinggal termasuk 1.4 juta kanak-kanak.

Maka, susulan dari malapetaka yang terburuk pernah menimpa negara berkenaan dalam tempoh masa 80 tahun, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Tabung Mangsa Banjir Pakistan bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa bencana.

Tabung Mangsa Banjir Pakistan ini bertujuan mengumpulkan dana yang secukupnya bagi menyediakan keperluan asas khususnya kepada mangsa di kawasan sekitar luar bandar seperti Sukkur dan lembah Swat yang masih terpinggir dari mendapat bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Justeru itu, PKPIM dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Mission (GPM) akan turut menghantar beberapa sukarelawan bagi menjayakan misi bantuan fasa pertama dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, tabung yang dilancarkan ini juga akan digerakkan di semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Justeru, PKPIM berharap agar kempen kutipan bantuan kewangan ini akan mendapat sokongan penuh daripada semua mahasiswa dan pelajar di semua peringkat.

Sementara itu, PKPIM selaku pengerusi sekretariat Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan gerak kerja bersama dalam mengumpulkan dana di peringkat mahasiswa dan mahasiswi di universiti-universiti di Asia Tenggara.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM mengalu-alukan sokongan dan sumbangan dari semua pihak seperti badan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan, serta orang ramai untuk tampil menghulurkan bantuan menerusi tabung ini.

Mereka yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyumbang terus atas nama “Tabung Mangsa Banjir Pakistan” melalui akaun Bank Islam 1402301-002922-4 atau Maybank 564221611602.

“Hidup Biar Berjasa”

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Wednesday, August 4, 2010

PKPIM anjur Seminar Maqasid Syariah: Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) akan menganjurkan Seminar Maqasid Syariah: Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan sempena Ijtima’ Harakiy Pertama bagi tiga pertubuhan tersebut.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 Ogos 2010 M
Bersamaan: 26 Sya’ban 1431 H
Hari: Sabtu
Masa: 8:00 pagi hingga 4:30 petang
Tempat: Dewan Gemilang Mercu Idaman, German-Malaysian Institute, Kajang, Selangor (lihat peta)

Anjuran:
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

Aturcara:
8:00 – 8:15 pagi: Pendaftaran dan Kehadiran Tetamu
8:15 – 10:15 pagi: Majlis Perasmian Ijtimak Harakiy dan Seminar Maqasid Syariah: Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan
1.Ucapan Dasar Presiden PKPIM
2.Ucapan Dasar Presiden ABIM
3.Amanat Pimpinan Presiden WADAH

10:45 – 12:30 tghari: Sesi 1: Maqasid Syariah Sebagai Asas Ekonomi
Berkeadilan
Moderator: Prof. Madya Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa
Kertas I: “Maqasid Syariah Sebagai Asas Membina Khayra Ummah”
Pembentang: Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Naib Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Kertas II: “Maqasid Syariah Sebagai Dasar Sistem Ekonomi Berkeadilan”
Pembentang: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
Pengarah, International Shari’ah Research Academy for Islamic
Finance (ISRA)

2:30 ptg – 4:30 ptg Sesi 2: Ekonomi Negara dan Maqasid Syariah
Moderator : Dr. Mohd Mahyudi Mohd Yusop
Kertas III : “Sistem Ekonomi Bebas dan Cita-Cita Kesejahteraan Masyarakat:
Satu Penilaian”
Pembentang: Prof. Madya Dr. Saadiah Mohamad
Pensyarah, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Kertas IV: “Penghapusan Riba: Syarat Penting Ekonomi Berkeadilan”
Pembentang: Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail
Ketua Unit Perancangan Korporat, Fakulti Perniagaan dan
Perakaunan Universiti Malaya (UM)
Kertas V: “Menilai Model Baru Ekonomi Dalam Konteks Maqasid Syariah”
Pembentang: Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail
Pensyarah, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
——————————————————————
Yuran Seminar yang dikenakan adalah seperti berikut:
- Individu / Organisasi : RM 60.00 sahaja
- Pelajar / Mahasiswa IPTA (sepenuh masa) : RM 30.00 sahaja
*Pelajar/Mahasiswa mohon pamerkan kad pelajar ketika pendaftaran
——————————————————————-
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
En. Akmal Hisham / En. Hasnul Haniff
Sekretariat Seminar,
Sekretariat ABIM Pusat,
No.6, Jalan TC 2A/2,
Taman Cemerlang,
53100, Kuala Lumpur
Tel: 03- 4108 4500, 016-225 4482, 013-250 4920
Faks: 03-4108 2400
E-mel: seminar@abim.org.my

 
Photography Templates | Slideshow Software