Thursday, January 29, 2009

Himpunan bantah PPSMI di Sogo esok

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!!!Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok.Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta. Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat.Setiausaha GMP Hasni Abas memberitahu Malaysiakini, tokoh-tokoh itu akan berucap menolak PPSMI dan program ringkas ini yang bermula jam 3 petang diakhiri dengan acara pelancaran oleh Dr Hassan...

Thursday, January 8, 2009

Pertemuan wakil-wakil NGO dan Gapena : Satu Kesinambungan Perjuangan Selamatkan Bahasa Melayu

Dengan nama Allah, izinkanlah hambamu meninta...Sebentar tadi, tepat jam 8:30 malam,di rumah GAPENA, satu pertemuan telah dijalankan diantara pihak GAPENA dan wakil-wakil NGO bertujuan untuk membincangkan isu PPSMI yang hangat diperkatakan kini.Saudara Faisal Aziz, dan Professor Emeritus Tan Sri Dato' (Dr) Ismail HusseinPenulis dan saudara Faisal Aziz, turut hadir mewakili Gerakan Anti PPSMI (GAP)-PKPIM dalam permesyuaratan tersebut. Mesyuarat tersebut tidak lain tidak bukan membincangkan tindakan susulan yang bakal dilakukan secara bersama bagi mendesak pihak Kementerian Pelajaran supaya memansuhkan pembelajaran Sains dan matematik didalam Bahasa...

Wednesday, January 7, 2009

PKPIM Komited Bersama Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan terus komited bersama dengan Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu dalam melaksanakan segala perencanaan yang telah ditetapkan demi memastikan matlamat untuk membubarkan dasar PPSMI tercapai. Sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi ini diberikan atas sebab keberkesanan sekretariat ini untuk menyatukan seluruh pertubuhan yang berpegang kepada prinsip membantah dasar PPSMI. Dalam pada itu, sekretariat yang bakal dipimpin oleh Dato Dr Hasan Ahmad ini juga telah berikrar untuk melakukan tindakan yang paling radikal iaitu mengadakan demonstrasi satu ratus ribu rakyat sambil membawa keranda...

Tuesday, January 6, 2009

Hassan Ahmad sedia pimpin himpunan Selamatkan Bahasa Melayu

Datuk Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu - yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) - bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)."Kalau tidak ada orang (tokoh lain), bolehlah," kata tokoh pejuang bahasa itu, yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Bagaimanapun, tambah Dr Hassan, butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.Beliau menambah, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil...

Himpunan 100 ribu Selamatkan Bahasa Melayu

Satu perbincangan antara NGOs, parti politik dan pencinta bahasa telah diadakan di Yayasan Penataran Ilmu bersebelahan Gapena pada 30hb. Disember 2008. Pertubuhan-pertubuhan yang telah hadir dalam perbincangan ini adalah Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka(DBP), Pemuda Parti Islam SeMalaysia(PAS), Persatuan Lingustik Malaysia(PLM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia(GAMIS), Teras Keupayaan Melayu(TERAS) dan Persatuan Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Malaya.Antara keputusan yang telah diambil adalah untuk mengadakan suatu Himpunan 100 Ribu pada tahun 2009 bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara. Salah satu isi kandungan...

Thursday, January 1, 2009

PKPIM Kecam Serangan Ke Atas Gaza

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 2 Januari 2009 PKPIM KECAM SERANGAN KE ATAS GAZA Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk serangan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap bumi Gaza . Dalam laporan akhbar Berita Harian pada 2 Januari 2009, serangan yang telah masuk hari ke enam itu telah mengorbankan 410 penduduk awam Palestin dan mengakibatkan 1,900 yang lain cedera. Jumlah angka kematian ini menjelaskan kepada kita bahawa serangan yang dilakukan regim Israel tersebut bertujuan untuk mencari jalan supaya berlakunya pembersihan etnik secara besar-besaran...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software