Dengan nama Allah, izinkanlah hambamu meninta...
Sebentar tadi, tepat jam 8:30 malam,di rumah GAPENA, satu pertemuan telah dijalankan diantara pihak GAPENA dan wakil-wakil NGO bertujuan untuk membincangkan isu PPSMI yang hangat diperkatakan kini.
Saudara Faisal Aziz, dan Professor Emeritus Tan Sri Dato' (Dr) Ismail Hussein
Penulis dan saudara Faisal Aziz, turut hadir mewakili Gerakan Anti PPSMI (GAP)-PKPIM dalam permesyuaratan tersebut. Mesyuarat tersebut tidak lain tidak bukan membincangkan tindakan susulan yang bakal dilakukan secara bersama bagi mendesak pihak Kementerian Pelajaran supaya memansuhkan pembelajaran Sains dan matematik didalam Bahasa Inggeris.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut, nama-nama besar dalam perjuangan menegakkan kedaulatan Bahasa melayu seperti Dato' Zainal Abidin Borhan, Tan Sri Dato' (Dr) Ismail Hussein, Dato' Latip Bakar, Prof Dr Abdullah Hassan, dan turut disertai oleh lebih 15 wakil NGO daripada seluruh negara.
Dalam mesyuarat tersebut, rata-rata perwakilan NGO terbabit menyatakan sokongan penuh bagi menghapuskan PPSMI secara bermatian-matian demi menjamin kedaulatan Bahasa melayu, ini termasuklah mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak kementerian pendidikan diatas dasar pencabulan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.
Dato' Latip Bakar dan Prof Dr Abdullah Hassan
Perjumpaan dengan pemimpin tertinggi di pihak kerajaan turut diusulkan oleh pihak perwakilan, hal ini dilakukan bagi menggesa pihak pimpinan negara untuk menilai secara serius berkenaan dengan isu ini serta implikasinya terhadap masyarakat malaysia khususnya kaum Melayu di luar bandar.
Difahamkan, penghapusan PPSMI turut mendapat sokongan parti-parti politik dominan di Malaysia. Perlu ditegaskan, sokongan ini bukanlah harus dipandang sebagai bersifat politik, namun ia adalah satu tanggungjawab sosial yang harus dilunaskan dan diberi perhatian oleh semua pihak.
Seluruh perwakilan bersetuju untuk mengembeleng seluruh jentera dan kapasiti yang ada bagi melancarkan kempen Anti PPSMI secara besar-besaran, ini termasuklah dengan kempen menaikkan sepanduk dan poster diseluruh negara, serta rapat umum yang dijangka akan dilakukan dalam jangka masa terdekat ini,- sekiranya tiada tindakan yang difikirkan wajar diambil oleh pihak pemerintah.
Perwakilan turut bersetuju untuk memberi mandat kepada GAPENA untuk mengurus tadbir kempen ini.
Professor Emeritus Tan Sri Dato' (Dr) Ismail Hussein dan penulis
Kami di GAP-PKPIM menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan-cadangan yang diutarakan demi menjamin kedaulatan bahasa melayu daripada terus dicabuli oleh dasar-dasar yang tidak bertanggungjawab.
Penulis juga menyeru kepada sekalian NGO, khususnya gerakan-gerakan mahasiswa di Malaysia agar bersama-sama menyertai barisan kami dalam perjuangan menentang PPSMI secara habis-habisan. Harapnya segala perbedaan dari segi politik dan idea dapat diketepikan seketika demi menjamin kepentingan bahasa Melayu yang sedang dilanda bahaya globalisasi.
Thursday, January 8, 2009
Pertemuan wakil-wakil NGO dan Gapena : Satu Kesinambungan Perjuangan Selamatkan Bahasa Melayu
Posted by Faisal Aziz on 1:38 AM
2 comments:
Inilah masa untuk anak bangsa berjuang menobat dan memartabatkan bahasa Melayu. Tidak cukup kalau bahasa Melayu termaktub sekadar dalam Perlembagaan. Wajib diserlahkan pembudayaannya.
Semoga rangkaian perjuangan bersama dapat dikekalkan. Penglibatan saudara dan PKPIM dalam barisan ini amat dihargai. Tahniah buat mu wahai anak muda...kebaranian dan kesediaan untuk mengorbankan masa dan segalanya demi perjuangan akan memberi nikmat yang tidak dirasai oleh kita tetapi generasi makan datang.
Salam perjuangan...
Post a Comment