
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan “Malam Padang Prihatin” pada 11 November 2009 iaitu pada hari Rabu pukul 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur. Tujuan “Malam Padang Prihatin” ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa tragedi gempa di Padang, Indonesia. Selain itu, penganjuran malam ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan prihatin. Di samping itu, “Malam Padang Prihatin” ini juga telah mendapat sokongan...