
KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)24 Oktober 2010 Ekuiti 30%: PKPIM Saran Pemuda Hayati Tulisan Abdullah Munsyi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada harapan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berharap agar sasaran 30 peratus ekuiti yang disasarkan melalui Dasar Ekonomi Baru akan dapat dicapai dalam tempoh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. PKPIM berpandangan bahawa segala dasar untuk memperkasa ekonomi orang Melayu tidak akan ke mana sekiranya kita masih terus mengamalkan sistem pengagihan kekayaan ala feudal yang hanya menguntungkan beberapa kerat golongan bangsawan...