
Ayat 46 menampilkan Yusuf `a.s. dengan citra unggul al-siddiq, peribadi berintegriti tinggi, watak terpadu, manusia serba benar: pemikiran, percakapan dan perbuatannya. Peribadi sedemikian adalah jelmaan makna integriti paling tepat dan sempurna, iaitu kesepaduan dan keutuhan watak, peribadi tauhidik yang integrated. Justeru, integriti pada hakikatnya lebih merujuk persoalan siapa kita (who we are), daripada persoalan apa yang harus kita lakukan (what we should do). Dari peribadi yang baik akan lahir perilaku dan tindak- tanduk yang baik. (Untuk versi rakaman Kuliah Tafsir Maudhuiy ini sila klik di sini). Kekuatan integriti dalam pengertian...