Saturday, October 20, 2007

Auku harus dipinda

Pada era pascamodenisme ini, Mahasiswa seharusnya mengorak langkah menjana perubahan untuk memperkasakan kembali kekuatan Mahasiswa dalam seluruh aspek yang menyentuh tentang persoalan spiritualisme, idealisme, intelektualisme, dan aktivisme. Mahasiswa harus keluar dari kepompong lama yang menyaksikan bagaimana mahasiswa tidak lagi menjadi bahan instrumen yang penting dalam masyarakat. Mereka dangkal dengan persoalan dan isu-isu nasional dan antarabangsa, kekok untuk berbicara dalam menyatakan pendirian mereka berkenaan sesuatu isu, dan cetek dalam persoalan disiplin ilmu.Setiap hari, kita sering kali dihidangkan dengan pelbagai isu-isu semasa yang cukup signifikan sama ada yang bersifat nasional mahupun yang menyentuh tentang perkembangan luar negara. Namun sejauh manakah isu-isu sebegini...

Friday, October 5, 2007

Dimanakah Idealisme perjuangan Mahasiswa?

Universiti adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan ramai tokoh masyarakat pada masa akan datang. Tidak ketinggalan, ia juga diibaratkan seperti kilang yang akan melahirkan generasi pemimpin bertamadun yang bakal menentukan corak dan hala tuju masyarakat dan negara. Namun, masih terdapat kekeliruan tentang apakah sebenarnya fungsi sebuah universiti. Apakah sekadar melahirkan professional yang hanya mengejar pekerjaan? Atau hanya melahirkan graduan yang ingkar upaya dan pentingkan diri untuk bersama masyarakat? Atau hanya melahirkan generasi cerdik pandai tetapi mungkir pada bakti?Menurut Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara, kita perlu banyak melabur dalam pendidikan insan. Pembangunan negara yang terbaik bagi sesuatu bangsa...

Apakah konotasi sebenar konsep perkongsian kuasa?

Konsep perkongsian kuasa di Malaysia telah didirikan sekian lama atas semangat untuk memacu kejayaan negara secara kolektif tanpa mengira kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa antara perkara pokok yang mempengaruhi kekuatan konsep ini adalah prinsip yang dikenali sebagai “kontrak sosial”, iaitu suatu perjanjian yang telah dicapai sebelum merdeka. Maka prinsip kontrak sosial yang telah dimeterai oleh tokoh-tokoh terdahulu yang menjadi landasan kepada pembinaan konsep perkongsian kuasa ini seharusnya dihormati oleh semua pihak. Jikalau kita menelusuri sejarah kontrak sosial ini, dua bentuk persetujuan telah dicapai antara bangsa Melayu dan kaum bukan Melayu. Pertama, kaum bukan Melayu hendaklah menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah pewaris Tanah...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software