Konsep perkongsian kuasa di Malaysia telah didirikan sekian lama atas semangat untuk memacu kejayaan negara secara kolektif tanpa mengira kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa antara perkara pokok yang mempengaruhi kekuatan konsep ini adalah prinsip yang dikenali sebagai “kontrak sosial”, iaitu suatu perjanjian yang telah dicapai sebelum merdeka. Maka prinsip kontrak sosial yang telah dimeterai oleh tokoh-tokoh terdahulu yang menjadi landasan kepada pembinaan konsep perkongsian kuasa ini seharusnya dihormati oleh semua pihak.
Jikalau kita menelusuri sejarah kontrak sosial ini, dua bentuk persetujuan telah dicapai antara bangsa Melayu dan kaum bukan Melayu. Pertama, kaum bukan Melayu hendaklah menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah pewaris Tanah Melayu, maka warisan Melayu seperti agama Islam, bahasa Melayu, tanah-tanah orang melayu dan hak-hak untuk memerintah negeri Melayu hendaklah dipelihara, dijamin dan dikekalkan selepas kemerdekaan dicapai.
Perjanjian yang kedua ialah orang Melayu bersetuju i) bahawa tiap-tiap penduduk Tanah Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka hendaklah diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu menerusi undang-undang secara automatik, ii) hak budaya kaum lain termasuk bahasa dan agama mereka dipelihara iaitu tidak dihapuskan, iii) orang melayu bersetuju berkongsi dengan kaum-kaum bukan Melayu dalam aspek pemerintahan.
Maka persetujuan ini telah diletakkan sebagai isi kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung dalam Artikel 153 yang menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu termasuk peribumi Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan (seperti biasiswa, kemudahan latihan dan kuota tempat di institusi pendidikan awam), perkhidmatan awam (kuota dalam pengisian jawatan), bidang ekonomi dan perniagaan (kuota dalam pemberian permit dan lesen) dan hak Melayu dalam tanah rizab.
Persoalannya adakah generasi muda hari ini tanpa mengira kaum menyedari akan kewujudan kontrak sosial ini? Dan sejauh manakah mereka sanggup untuk menerima dan menghormatinya?. Senario pada hari ini menunjukkan betapa masih ada lagi rakyat Malaysia yang tidak memahami ruang lingkup perkongsian kuasa dan prinsip perjanjian ini. Seperti contoh, sehingga kini kita masih menghadapi pelbagai persoalan dan cabaran yang dilontarkan oleh pihak tertentu yang dilihat lebih bersifat provokatif untuk mengeruhkan perpaduan kaum. Maka dalam menjawab persoalan ini, pemahaman yang lebih mendalam berhubung konsep dan prinsip asas tadi harus dijelaskan kepada seluruh rakyat.
Terdahulu negara tersentak dengan ancaman Suqiu terhadap “hak-hak keistimewaan” dan “ketuanan Melayu”menerusi satu memorandum yang mengandungi 83 isi tuntutan yang dikemukakan lebih dari 2,000 persatuan cina terhadap kerajaan. Menurut Datuk Dr Hasan Ahmad, tuntutan tersebut dianggap oleh kaum lain sebagai tuntutan untuk mengubah atau mencabar atau memusnahkan kontrak sosial. Sekiranya kontrak sosial mahu diubah oleh dasar atau tuntutan baru itu, maka orang Melayu berhak menuntut supaya dasar tersebut dibatalkan.
Pada hakikatnya, prinsip yang meliputi kontrak sosial seperti hak istimewa orang Melayu tidak boleh disentuh, dicabar atau dijadikan bahan permainan termasuk dalam Parlimen. Menurut Akta Hasutan 1948, tindakan seperti membentangkan draf cadangan pindaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan ke Parlimen dianggap sebagai “menghasut” dan bersalah di sisi undang-undang.
Dalam isu baru-baru ini contohnya, kita dikejutkan apabila terdapat segelintir pihak yang cuba memanipulasi kontrak sosial dengan mengaitkan hak untuk menambah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dengan perjanjian kontrak sosial tersebut. Hakikat sebenar ialah hujah kontrak sosial tidak ada kaitan dengan hak penambahan sekolah yang disebutkan tadi. Penubuhan SRJKC yang sudah berkembang pesat seperti cendawan pada hari ini telah memadai untuk menunjukkan kompromi kita untuk tidak menghapuskan bahasa ibunda kaum lain. Keputusan sama ada mahu ditambah SRJKC atau tidak berhak ditentukan oleh pemimpin Melayu sendiri kerana tidak wujud sebarang ikatan dengan perjanjian tersebut. Sememangnya bahasa ibunda kaum lain wajib dihormati dan dipelihara, tetapi adakah hanya melalui penubuhan SRJKC? Perkara yang perlu difikirkan adalah kesan jangka panjang terhadap generasi akan datang. Apabila identiti kaum diasingkan semenjak dari bangku sekolah, bagaimana usaha persefahaman kaum mahu dipupuk?
Berhubung isu ekuiti ekonomi orang Melayu, ia kembali hangat dibincangkan tahun lalu berikutan kesilapan kajian yang dibuat oleh Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) yang mendakwa ekuiti pemilikan Melayu sudah mencecah 45%. Kajian tersebut dilihat mahu mengelirukan fakta sebenar dengan menokok jumlah kekayaan bumiputra termasuk pegangan dalam khazanah negara secara rambang.
Mungkin motif utamanya adalah untuk melihat orang Melayu hidup dalam suasana yang selesa dengan kejayaan yang dikecapi serta menjadikan kajian ini sebagai hujah supaya orang Melayu tidak lagi perlu diberikan bantuan menerusi “hak istimewa”. Sedangkan, menurut statistik yang dikeluarkan kerajaan dalam RMK-9, ekuiti Melayu masih berada di sekitar 18%. Statistik juga menunjukkan masih ramai orang Melayu berada di bawah garis kemiskinan negara iaitu yang pendapatan mereka berada di bawah RM500.
Selain itu, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa dasar nasional khususnya bidang ekonomi bersifat diskriminasi kaum. Sejauh manakah kebenarannya? Mereka yang membuat dakwaan tersebut tidak mengkaji dasar negara secara mendalam sebaliknya menggunakan proses pelaksanaan dasar tersebut sebagai pengukur. Sekiranya pelaksanaan dasar tersebut dilihat secara literal sememangnya kita akan melihat wujud kelebihan bantuan diberikan kepada orang Melayu berbanding kaum lain.
Bagi saya yang menentukan sama ada sesuatu dasar itu diskriminasi atau tidak adalah kesan langsung dari pelaksanaan dasar itu, dan bukan penglihatan kepada pelaksanaan dasar itu secara literal semata-mata. Seperti contoh, ada pihak yang mendesak agar kuota pendidikan diberikan kepada mereka yang layak menerusi persaingan tanpa mengira kaum. Sedangkan secara realiti, kedudukan orang Melayu secara keseluruhan dalam bidang pendidikan masih dianggap lemah dan tidak mampu mengatasi kaum Cina. Sekiranya ia diterima, kesannya, bukan persamaan kaum yang akan wujud tetapi jurang diskriminasi perkauman sedia ada akan lebih tinggi, kerana orang Melayu akan ditinggalkan lebih jauh oleh kaum lain.
Inilah yang dikatakan persamaan disisi undang-undang tetapi dari segi ekonomi dan sosial, diskriminasi tetap berlaku. Maka penilaian diskriminasi perlu dilihat dari aspek untuk melahirkan masyarakat yang adil dan seimbang dari semua sudut. Contohnya dalam aspek tarif cukai pendapatan juga menggunakan prinsip ini dengan mewajibkan bayaran mengikut jumlah kadar pendapatan untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang.
Semangat perpaduan kaum yang telah terjalin seharusnya dipertahankan oleh semua rakyat. Justeru seluruh pihak harus berperanan untuk masing-masing memahami hakikat kosep perkongsian kuasa dan kontrak sosial untuk memastikan dengan pemahaman yang mendalam di kalangan rakyat ini akan dapat mempereratkan perpaduan yang telah terjalin serta mengekalkan kestabilan politik dan sosial tanah air.

0 comments:
Post a Comment