Tuesday, December 23, 2008

Melihat PPSMI Dari Sudut Undang-Undang

UTUSAN MALAYSIA ONLINEOleh Abdul Aziz Abdul RahmanSEJAK beberapa tahun yang lepas banyak perdebatan dan perbincangan berlangsung tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.Di peringkat permulaannya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar, kemudian kerajaan membuat keputusan untuk menukarkannya ke bahasa Inggeris. Sekarang pihak kerajaan sedang mengkaji semula perkara ini dan banyak perbahasan telah dan sedang berjalan. Adalah elok bagi kita memfokuskan perkara ini dari sudut undang-undang sebelum pihak kerajaan membuat apa- apa keputusan.Kegunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pada pendapat...

Monday, December 22, 2008

PPSMI, ugutan ke atas Hishammuddin mesti berterusan

HARAKAHDAILYAli Bukhari AmirSun | Dec 21, 08 | 11:37:41 pm MYTProf Dr Abu Bakar Abdul Hamid terdiam sebentar sejurus mendengar lafaz Dr Abdul Latiff Abu Bakar pada 19 Disember lalu di dalam forum anjuran Pusat Dialog Peradaban dan Akademi Sains Islam Malaysia (Asasi) itu.Iklan Dr Abdul Latiff, mungkin oleh kerana terlalu lama memendam rasa, beliau mengeluarkan segala yang terbuku di hatinya selama ini. Suasana menjadi tenang untuk seketika. Maka, cabaran Pena yang meminta supaya Gapena menjelaskan pendiriannya berhubung PPSMI ini telah pun selesai untuk pusingan pertama. Hadirin semakin jelas dan faham.Hanya tinggal beberapa persoalan lagi yang masih berlegar di fikiran para peserta forum itu. Walaupun jumlah hadirin sekitar 40 orang, namun jumlah yang kecil ini bukan suatu hal yang boleh...

Sunday, December 21, 2008

PKPIM TETAP BANTAH DASAR PPSMI

Naib Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz(tengah) bersama Exco Pendidikan Abu Qassim Nor Azmi(kanan) ketika menyerahkan Petisyen kepada Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Wee Ka Siong (kiri). PKPIM TETAP BANTAH DASAR PPSMIRabu, 17 Disember 2008 PKPIM merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Dr Wee Ka Siong selepas mempengerusikan Persidangan Meja Bulat PPSMI, yang menyatakan bahawa hasil dari sesi persidangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan bertegas untuk terus membantah dasar PPSMI ini jika kerajaan...

Friday, December 19, 2008

35 warga Thailand kunjungi PKPIM

18 Disember 2008, KhamisSeramai 35 orang warga Thailand telah mengunjungi Sekretariat PKPIM Pusat pada pukul 2.00 petang tadi bersempena dengan program lawatan selama tiga hari ke Malaysia . Program yang dianjurkan oleh Young Muslim Association of Thailand (YMAT) itu telah menghimpunkan ramai keluarga mangsa ketika insiden pembunuhan beramai-ramai di Masjid Kerisik, Pattani empat tahun yang lalu.Dalam insiden yang berlaku pada 28 April 2004 itu, beratus-ratus penduduk Islam di selatan bertindak menawan masjid tersebut dan pihak berkuasa telah membunuh 107 penduduk yang dipercayai anggota puak pemisah dalam serbuan balas.Peristiwa itu dianggap pencetus kepada kebangkitan semula pejuang pemisah di wilayah didominasi oleh penduduk Islam iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat. Penduduk di wilayah...

Wednesday, December 17, 2008

Perhimpunan Agung UMNO : Apa yang Agung?

Saya masih teringat hikayat yang diceritakan kepada saya tentang sorakan kuat yang menggegar dewan sempena Perhimpunan Agung UMNO dahulu. Tidak kurang juga sokongan padu seluruh perwakilan kepada semua barisan pimpinan membuktikan keterampilan yang ada pada diri mereka.Namun, segalanya berlalu... zaman keemasan iaitu era Mahathir-Anwar sudah mustahil untuk diganti. Mahathir terkenal dengan wawasan yang jelas dan pengaruh antarabangsa. Pelbagai gelaran dicanang kepada beliau membuktikan sifat kepahlawanan. Tidak kurang juga Anwar yang berpengaruh di kalangan NGO dan dunia Arab serta mahasiswa. Penglibatan beliau dalam gerakan pelajar (Presiden...

Tuesday, December 2, 2008

PETISYEN MEMBANTAH PPSMI

PETISYEN ONLINEKlik Petition Online di atas untuk menyatakan sokongan.Petisyen kepada Kementerian Pelajaran MalaysiaPPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar.Kami warga Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan yang berlaku di Malaysia. Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software