Friday, April 24, 2009

Saranan MCA tentang ekuiti Melayu: Apa tindakan UMNO?

Hapuskan syarat ekuiti semua sektor
KUALA LUMPUR 23 April - MCA mahu kerajaan meliberalisasikan semua sektor dalam ekonomi negara daripada syarat peruntukan ekuiti secara berperingkat sejajar perjanjian perdagangan ASEAN yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Sambil menyambut baik tindakan kerajaan itu, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng berkata, buat masa ini, terdapat sembilan sektor lagi yang masih mengguna pakai syarat peruntukan ekuiti yang perlu dihapuskan dalam semangat Satu Malaysia.

‘‘Sektor-sektor itu ialah hartanah, pertahanan dan penyedia perkhidmatan keselamatan negara, pembekalan utiliti, agensi pelaburan kerajaan, lapangan terbang, penerbitan serta percetakan dan penerbitan semula,

‘‘Tiga sektor lain yang juga diharapkan oleh MCA ialah telekomunikasi termasuk pengeluaran perisian komputer, pengangkutan awam dan institusi kewangan dan perbankan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kerajaan membuat keputusan untuk meliberalisasi 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan yang menghapuskan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan.

Sektor perkhidmatan merupakan komponen penting yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2008 dan mewakili 57 peratus dari jumlah pekerjaan di Malaysia.

0 comments:

 
Photography Templates | Slideshow Software