Teori ADiperkenalkan oleh Raja Harun bin Sultan Abdullah semasa mengiringi Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) Sultan Perak (1887-1916) pada tahun 1901 semasa pertabalan King Edward VII. Juga ada yang mengatakan lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak pada masa itu dipilih oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.Apabila sampai ke Port of Southampton, Pegawai Protokol bertanyakan tentang lagu rasmi negeri Perak. Memandangkan waktu itu Perak tidak memiliki lagu rasmi, Raja Harun bin Sultan Abdullah, menyembunyikan perkara sebenar yang negeri tersebut tidak memiliki lagu rasmi. Maka, beliau bersiul mengikut lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak.Maka, lagu rasmi telah dimankan semenjak 1887 lagi semasa pertabalan...