Saya merujuk kepada fakta dalam artikel yang ditulis seorang penulis dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia pada September 2009.
Isu Malaysia menciplak lagu Terang Bulan dari Indonesia untuk dijadikan lagu kebangsaan terus-menerus menjadi bahan bualan yang akhirnya membawa kepada persengketaan yang berpanjangan antara rakyat kedua-dua negara.
Menurut fakta sebenar, meskipun lagu Terang Bulan popular di Indonesia suatu ketika dahulu yang dijadikan lagu pembukaan persembahan bangsawan, ia bukan milik asal Indonesia. Akan tetapi, ia telah diambil dari lagu asal ciptaan ahli muzik Perancis bernama Pierrr Jean de Beranger (1780-1857).
Beranger sememangnya seorang ahli muzik yang terkenal terutama dalam menggubah lagu-lagu yang bersifat patriotik. Dalam pada itu, karya-karya Beranger juga sering kali digunakan oleh Napoleon Bonaparte sebagai lagu-lagu march band untuk kempen ketenteraanya.
Ketika Sultan Perak iaitu Sultan Abdullah dibuang oleh penjajah ke Pulau Seychelles pada tahun 1876-1892, saban petang baginda dan puterinya Tengku Mariam akan bersiar-siar di padang awam di Mahe, Seychelles.
Di tengah-tengah padang itu, terdapat wakaf tempat brass band memainkan lagu-lagu march. Salah satu lagu yang dimainkan itu dirakam dalam memori Tengku Mariam yang juga seorang pemain biola. Apabila mereka kembali ke negeri Perak pada tahun 1892, lagu itu kemudiannya telah diangkat menjadi lagu rasmi negeri Perak yang akhirnya dalam satu pertandingan memilih lagu Kebangsaan Persekutuan Malaysia sempena hari Kemerdekaan, lagu negeri Perak dengan senikata baru telah memenangi pertandingan tersebut. Bagi 26 juta rakyat Malaysia kini, lagu kebangsaan itu dikenali sebagai Negaraku bukan Terang Bulan.
Semoga dengan fakta tersebut, dua bangsa serumpun ini tidak terus bertelingkah dalam soal kecil sebegini, sedangkan lagu Terang Bulan tersebut bukanlah milik asal kedua-dua bangsa.
Monday, September 28, 2009
Lagu Terang Bulan berasal dari Perancis bukan Indonesia?
Posted by Faisal Aziz on 1:51 AM
2 comments:
oii....aisal saperr budak yang bodohkan kita tu? meh sini aku nak terajang sket...diorang tak tau ke masa konfrantasi dulu radio indonesia ada main kan lagu memula moon yang menyindir unku yang di lihat sebagai budak suruhan british
boleh ko terangkan sikit lagu memula moon?
Post a Comment