Wednesday, June 2, 2010

PKPIM anjur perhimpunan sokong kerajaan Turki


Khamis 3 Jun 2010- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama badan gabungan Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) yang berpusat di Turki telah menganjurkan satu perhimpunan aman di hadapan kedutaan Turki bagi menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Turki yang telah memimpin gerakan misi kemanusiaan Flotilla untuk rakyat Palestin di Gaza.

Perhimpunan aman yang telah dianjurkan kira-kira jam 10.30 pagi tersebut turut melibatkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH), Future Global Network (FGN), Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT), Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan beberapa NGO Islam di Malaysia yang lain.

Dalam pada itu, perhimpunan ini dianjurkan bertujuan untuk menyatakan sokongan penuh keatas usaha kerajaan Turki khususnya dalam membela hak rakyat Palestin di Gaza di samping mengecam serangan yang dilakukan oleh regim Israel ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza. Di samping itu, perhimpunan ini juga bertujuan untuk mendesak Israel membebaskan Penolong Setiausaha Agung UNIW Mubarak Mutawwa yang juga merupakan seorang pemimpin Islam dari Kuwait.

Perhimpunan yang berlangsung selama hampir dua jam itu dimulakan dengan ucapan dari beberapa pimpinan NGO yang hadir termasuk Presiden PKPIM saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. Dalam ucapan tersebut, kesemua NGO di Malaysia telah bersepakat mendokong penuh kerajaan Turki pimpinan Recep Tayyip Erdoğan yang telah membuat satu usaha yang berani yang harus dicontohi Negara-negara Islam lain khususnya dunia arab.

Dalam perhimpunan tersebut beberapa sepanduk bertulisan telah dinaikkan, antaranya termasuklah 'We support Erdogan’, 'Long Live Turkey!' dan 'Israel is Terrorist'.

Perhimpunan tersebut disusuli dengan satu perbincangan eksklusif perwakilan NGO Malaysia bersama duta besar Turki Barlas Ozener mengenai tindakan proaktif yang boleh diambil secara bersama untuk membela nasib rakyat Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, kesemua NGO yang hadir menyeru agar seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke perarakan besar-besaran yang dijadual akan berlagsung pada hari Jumaat ini dari Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat.

3 comments:

韋于倫成 said...

責人之心責己,恕己之心恕人。........................................

D415_evonN_Risinger0 said...

先將一個人的生活過好,才有能力過好兩個人的生活..................................................

佩GailBohanan1蓉 said...

你不能決定生命的長度,但你可以控制它的寬度............................................................

 
Photography Templates | Slideshow Software