Thursday, July 1, 2010

PKPIM akan bantu penghuni Rumah Kebajikan Titian Kasih



1 Julai 2010: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan membantu semampu mungkin untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh 73 penghuni wanita termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Rumah Kebajikan Titian Kaseh (RTK), Kuala Lumpur yang diarahkan Mahkamah untuk berpindah dalam satu siri lawatan khas ke premis berkenaan tadi.

Menerusi lawatan berkenaan, Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Setiausaha Agung Khairul Anuar Musa telah mengadakan perbincangan dengan Hjh Sharifah Binti Adlan atau Mak Pah pengelola kepada Pusat Jagaan Titian Kaseh bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang isu berkenaan.

Dalam pada itu, lawatan berkenaan juga dibuat bertujuan untuk berbincang berkenaan gerak kerja susulan yang mampu dilakukan PKPIM sebagai gerakan pelajar untuk meringankan kesulitan mereka dalam menghadapi isu ini.

Dalam perbincangan tersebut PKPIM bersama beberapa aktivis masyarakat akan berusaha mencari seramai mungkin penyumbang yang dapat tampil untuk membantu mereka mendapatkan tapak premis baru dalam masa terdekat.


Ini memandangkan, susulan daripada perintah mahkamah tersebut, seramai 73 penghuni berkenaan terpaksa ditempatkan bersama-sama lebih 50 penghuni lelaki di sebuah rumah perlindungan lain yang tidak jauh dari premis berkenaan yang akan menyebabkan kesesakan dan penyebaran wabak penyakit berjangkit.

Sementara itu, PKPIM juga akan bersama dengan pihak Pusat Jagaan Titian Kaseh berusaha untuk menjayakan program “Malam Amal Titian Kaseh 2010 (MAK 2010)” pada 25 Julai 2010 jam 8.00 malam di Hotel De Palma, Ampang bagi tujuan mendapatkan sumbangan untuk mereka menjana pendapatan.

Semalam, media telah melaporkan seramai 73 penghuni wanita termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di RTK kini sedang menghitung detik untuk ‘bersesak-sesak’ bersama lebih 50 penghuni lelaki di sebuah lagi rumah perlindungan selepas diarah keluar dari kediaman itu.

1 comments:

郁雯郁雯 said...

人有兩眼一舌,是為了觀察倍於說話的緣故。............................................................

 
Photography Templates | Slideshow Software