Wednesday, March 23, 2011

VEDEO SEKS: PKPIM GESA MASUKKAN ELEMEN QAZAF DALAM KANUN KESEKSAAN

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)23 MAC 2011 / 18 RABIULAKHIR 1432 HVEDEO SEKS: PKPIM GESA MASUKKAN ELEMEN QAZAF DALAM KANUN KESEKSAANPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada isu panas yang melibatkan konspirasi Datuk "T" untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang pemimpin pembangkang menerusi pendedahan klip vedeo seks baru-baru ini.PKPIM berpandangan pertuduhan dengan cara sedemikian tidak sah memandangkan ia dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan undang-undang Syariah.Hal ini kerana dakwaan sedemikian adalah sesatu yang cukup berat untuk ditanggung oleh tertuduh memandangkan ia melibatkan harga diri, maruah, dan air muka individu berkenaan. Lantaran itu, disebabkan faktor berkenaan Islam telah...

Wednesday, March 16, 2011

ISU Al-KITAB: PKPIM ANJUR GERAKAN KEMPEN KESEDARAN IJTIMA’I

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 17 Mac 2011/ 12 Rabiul Akhir 1432 ISU Al-KITAB: PKPIM ANJUR GERAKAN KEMPEN KESEDARAN IJTIMA’I Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada konflik agama yang kian hangat dibicarakan dalam media hari ini berhubung dengan terjemahan Bible atau Al-Kitab ke dalam bahasa Kebangsaan yang masih berada di landasan buntu. PKPIM menyedari terdapat kerisauan dalam kalangan sebilangan masyarakat Islam berhubung perkara berkenaan lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan agenda Kristianisasi terhadap generasi muda Melayu. Namun, PKPIM secara...

Thursday, March 10, 2011

PKPIM Anjur Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) & Karnival Islam Warnai Hidupku

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima'i (GKKI) dan Karnival Islam Warnai Hidupku pada 19 & 20 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di perkarangan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Gombak, Kuala lumpur.GKKI yang bakal dianjurkan tersebut bertujuan untuk merakyatkan kefahaman dan kesedaran Islam ke peringkat massa dengan membawa slogan Islam Warnai Hidupku kepada seluruh komuniti masyarakat khususnya remaja di kawasan berkenaan.Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan silaturrahim antara penduduk setempat dengan pelajar universiti di samping...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software