Monday, October 17, 2011

Kg.Binjai: Tunggu ketetapan Mahkamah, kata peguam

Sumber: Buletin Mutiara Pulau PinangGEORGE TOWN - Peguam Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pihaknya telah pun menghantar jawapan balas pada saman pemula oleh pemaju Duta Palm Sdn Bhd ke Mahkamah Seksyen Georgetown 9 pagi tadi.Beliau berkata pihaknya sedang menunggu pihak mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan atau rundingan mengenai kes tersebut yang membabitkan kira-kira 48 keluarga yang diusir dari tanah Lot 792, Kampung Binjai, Bayan Lepas."Kita baru sahaja menghantar jawapan balas ke mahkamah. Proses hari ini sekadar itu sahaja oleh kerana hari ini adalah hari akhir menghantar jawapan balas pada saman tersebut," ujar beliau ketika...

Isu Kampung Binjai ke mahkamah 9 pagi ini

Sumber: Buletin Mutiara Pulau PinangBAYAN LEPAS - Saman pemaju Duta Palm Sdn Bhd ke atas 48 keluarga di Kampung Binjai, Bayan Lepas dijadualkan bermula 9 pagi ini di Mahkamah Seksyen Georgetown.Muhammad Faisal Abdul Aziz (dua dari kiri) dari firma guaman Fahda Nor & Yusmadi dalam satu interaksi dengan penduduk berkenaan Sabtu lepas berkata pihaknya sedang mengumpulkan butiran sejarah pendudukan di kampung tersebut sebagai membalas surat saman dari pihak plantif.“Prosesnya masih panjang, biasanya ia di kamar rundingan dahulu,” ujarnya di Dewan Jawatankuasa Komuniti dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Binjai.Jaafar Mahshar (kanan),...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software