Sunday, October 7, 2012

Agenda Bersih 3.0

MASIHKAH kita ingat akan tragedi Misi Kemanusiaan Mavi Marmara yang mengocak sensitiviti umat Islam sedunia? Saya berpandangan di kalangan kita pun sedia maklum bahawa misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin di bawah payung “Mavi Marmara” turut dipimpin oleh tokoh Mairead Maguire yang merupakan pemenang Anugerah Nobel 1976.

Jika kita imbau latar belakang beliau, beliau merupakan tokoh katholik Kristian yang aktif sebagai sukarelawan Legion of Mary yang mengetengahkan agenda Kristian ke seluruh dunia.

Dalam masa yang sama juga, beliau juga merupakan pengasas bersama Committee on the Administration of Justice yang ditubuhkan pada tahun 1981, yang secara teang-terang membawa perjuangan hak asasi manusia secara mutlak sepertimana yang terkandung dalam Universal Declaration of Human Rights (UDHR) (termasuk LGBT).

Berdasarkan kepada fakta di atas, adakah wajar untuk kita mendakwa bahawa perjuangan “Mavi Marmara” itu adalah agenda Kristianisasi dan LGBT hanya disebabkan penglibatan seorang tokoh yang bernama Mairead Maguire.

Sekiranya latar belakang beliau menjadi ukuran besar sehingga boleh mencemarkan agenda “Mavi Marmara”, mengapakah pihak kerajaan Turki termasuk Humanitarian Relief Foundation (IHH) tidak menyekat beliau dari terlibat langsung dalam misi kemanusiaan ini?

Susulan dari tiga siri demonstrasi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), saya amat terkilan dengan kewujudan dakwaan dangkal pihak yang tidak bertanggungjawab yang menanggapi sokongan NGO-NGO Islam terhadap Bersih sama seperti menyokong agenda songsang Lesbian, Gay, Bisexual, and Transgender (LGBT) dan murtad.

Kenyataan jahat ini seakan-akan menggambarkan kegagalan pihak mereka untuk berfikir secara rasional, serta kedangkalan dalam membezakan kepentingan menuntut pengendalian tatacara pilihan raya yang telus serta tidak diragui integritinya dengan sokongan ke atas agenda-agenda yang dikaitkan dengan Datuk S, Ambiga seperti LGBT dan murtad.

Berdasarkan rekod perjuangan membawa agenda Islamisasi umat, saya berkeyakinan besar bahawa NGO Islam yang menyokong Bersih seperti ABIM dan IKRAM sama sekali tidak bertoleransi terhadap sebarang usaha untuk mengarus perdanakan budaya songsang LGBT dalam kehidupan rakyat Malaysia.  Sebaliknya, usaha ini telah dibantah keras oleh NGO Islam.

Sebagai contoh menerusi permuafakatan NGO Islam atau Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), ABIM turut terlibat dalam membuat laporan polis pada November 2011 di Balai Polis Pantai Bharu yang mengecam penganjuran Festival
Seksualiti Merdeka 2011 yang dilihat cuba untuk membawa budaya songsang seperti LGBT secara terang-terangan.

ABIM juga sepanjang zaman tetap konsisten dengan perjuangan menentang secara keras segala usaha untuk mencemarkan pegangan akidah umat Islam tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik mana-mana pihak.
Tindakan menyamakan sokongan terhadap isu pokok iaitu menuntut pilihan raya yang bersih dengan sokongan terhadap agenda Kristianisasi yang hanya bersandarkan kepada latar belakang individu yang bernama Ambiga yang secara kebetulan dikatakan mirip dengan LGBT dan pemurtadan adalah sesuatu yang di luar logik fikiran.

Cuba bayangkan sekiranya perjuangan Bersih ini dipimpin oleh tokoh ulama terkemuka dalam negara, adakah kelompok bukan Islam yang menyokong isu pokok yang dibawa Bersih ini boleh dikatakan telah memeluk agama Islam atau menjadi kuda tunggangan kepada agenda Islamisasi?

Dalam pada itu, saya tertarik untuk berkongsi pendirian yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung Komanwel Kamalesh Sharma dalam satu laporan pada Julai 2011 ketika lawatannya ke Australia yang dengan keras menentang diskriminasi yang dilakukan terhadap kumpulan gay atau lesbian. Beliau selanjutnya menyebut “vilification and targeting on grounds of sexual orientation are at odds with the values of the Commonwealth”.

Sebagai salah sebuah negara Komanwel, adakah logik kita menyamakan tindakan pemimpin negara yang secara konsisten mempertahankan keanggotaan serta partisipasi aktif Malaysia dalam Komanwel sebagai kelompok yang memperjuangkan LGBT hanya beralaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan Kamalesh Sharma?

Analogi
Mungkin untuk lebih mudah difahami, saya ingin kemukakan kepada pembaca satu analogi paling mudah. Cuba bayangkan satu senario kita berada dalam sebuah pasaraya. Sewaktu kita berbaris untuk membuat bayaran, tiba-tiba timbul kekecohan bahawa berlaku penipuan yang dilakukan di pihak pasar raya iaitu harga barang yang didaftarkan di mesin “cashier” tidak sama dengan harga barang yang ditandakan pada tag harga.
Secara kebetulan kekecohan tersebut telah ditimbulkan oleh seorang tokoh Kristian yang terkenal dengan perjuangan Kristianisasi disebabkan beliau satu-satunya pihak yang dapat mengesan penipuan tersebut dan mempunyai akses maklumat yang lengkap berbanding pembeli lain kerana kepakaran yang dimiliki. Maka, tokoh tersebut mendesak pihak atasan dan pengurusan pasar raya tersebut untuk membuat siasatan dan meminta satu penjelasan yang jelas diberikan.

Insiden tersebut telah menyebabkan pembeli terbahagi kepada tiga kelompok.
Kelompok pertama adalah mereka yang tidak mahu penipuan dan penganiyaan dilakukan oleh pihak pengurusan pasaraya terhadap mereka. Maka kelompok ini tanpa memikirkan latar belakang tokoh Kristian tersebut telah turut bersama membuat aduan dan menuntut penjelasan yang jelas dari pihak atasan dan pengurusan pasar raya.

Kelompok ini turut mengambil pertimbangan waras dan berfikiran jauh sekiranya tindakan tidak diambil kemungkinan besar saudara-mara, atau rakan-rakan mereka juga akan menjadi mangsa penipuan di suatu masa nanti.

Kelompok yang kedua pula ialah kelompok yang meninggalkan barang yang ingin dibeli dan kemudian beredar dari pasar raya tanpa membuat apa-apa. Ini adalah kelompok yang pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab dengan membiarkan penipuan tersebut berlaku.

Kelompok ini juga tidak berfikir panjang bahawa kemungkinan penipuan sebegini juga akan berlaku ke atas kaum kerabat serta teman-teman mereka yang akan membeli belah di pasar raya tersebut.

Kelompok ketiga adalah kelompok yang tidak memberi sebarang inisiatif untuk selesaikan masalah yang timbul dengan menuntut kebenaran dan keadilan, sebaliknya mengecam kelompok pertama kerana bersekongkol dengan tokoh Kristian tersebut yang mendesak penipuan itu disiasat dan dihentikan atas sebab secara kebetulan latar belakang tokoh Kristian tersebut.

Kelompok ini juga telah menasihati pembeli lain bahawa aduan dan gesaan yang dilakukan tidak perlu, sebaliknya menyarankan kepada pembeli untuk menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pihak atasan dan pengurusan pasaraya. Kelompok ini juga menyatakan bahawa “yang penting kita sebagai pembeli perlu menunaikan kewajipan dengan membuat bayaran sekiranya mahu memiliki barang yang dibeli tanpa perlu menyiasat sebarang keraguan, penyelewengan dan penipuan yang berlaku”.

Berdasarkan pertimbangan akal yang waras dan rasional, serta fitrah manusiawi yang sentiasa mencintai kebenaran dan menyayangi keadilan, kelompok manakah yang akan dipilih oleh kita ketika mana kita berada dalam situasi di atas?

Sudah tentu kita tidak akan memilih untuk berada dalam kelompok yang ketiga melainkan disebabkan tiga faktor utama. Faktor pertama adalah disebabkan kedangkalan serta kebodohan mereka sendiri  khususnya dalam membuat keputusan.

Kedua adalah faktor hutang iaitu kemungkinan mereka telah berhutang sama ada budi atau wang ringgit (termasuk rasuah) dengan pihak atasan pasar raya yang menyebabkan mereka terpaksa mempertahankan tindakan penyelewengan pihak atasan pasaraya tersebut sebagai balasan kepada hutang (rasuah) yang dibeikan.

Faktor ketiga adalah kerana faktor kroni iaitu kemungkinan pasar raya tersebut dimiliki oleh anak-beranak, atau saudara mara mereka. Selain dari ketiga-tiga faktor ini seseorang insan tidak akan dengan dayus menggadai kehendak fitrah manusiawi yang dianugerahkan ALLAH kepada dirinya iaitu sentiasa mendambakan kebaikan, kejujuran, dan ketelusan dengan menjadi kelompok yang ketiga.

Islam termasuk bidang ketatanegaraan dan tatakelolaan yang baik.
Dalam konteks gerakan Islam yang menjunjung tinggi kesyumulan ajaran itu dalam setiap aspek kehidupan termasuk ketatanegaraan dan tatakelolaan yang baik, kita harus menilai tuntutan-tuntutan yang dikemukakan Bersih itu sebagai suatu yang perlu dipandang berat oleh umat Islam selaku teras politik di negara ini seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi pos, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah, yang sering diperkatakan oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Ini memandangkan pengendalian pilihan raya yang telus serta tidak diragui integriti tatacara penganjurannya merupakan esensi penting untuk mendapatkan permuafakatan aspirasi rakyat serta pra-syarat kearah menjadi sebuah Negara yang baik atau “baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur” bagi mencapai barakah dan keredhaan Allah.

Bahkan umat Islam sendiri dituntut sentiasa jujur serta amanah dalam setiap apa yang dikerjakan.
Dalam perkembangan berkaitan, saya turut merasakan bahawa umat Islam perlu menganjak paradigma politik kontemporari mereka serta mengelakkan diri dari terkongkong dalam persepsi politik dangkal yang digerakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya akan merugikan kedudukan Islam itu sendiri di negara ini.

Bahkan saya khuatir, sekiranya situasi ini berterusan (mengaitkan sokongan Bersih dengan agenda LGBT & murtad), ia akan mengembangkan persepsi negatif terhadap umat serta gerakan Islam yang dianggap lesu dalam perjuangan demokrasi kerana gagal menilai secara objektif isu pokok yang dikemukakan.
Ini secara tidak langsung akan membuka ruang untuk pendokong LGBT dan gerakan pemurtadan mendampingi kelompok besar rakyat yang mahukan agenda  kebenaran dan keadilan ditegakkan di negara ini.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/umat-islam-perlu-anjak-paradigma-politik-kontemporari-1.45317
* Muhamad Faisal Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dari 2009 sehingga 2011. Kini beliau merupakan Penolong Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia

Sunday, July 8, 2012

ABIM: Jadikan Hudud Agenda Bersama



SINAR HARIAN

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan negeri Kemelah dari Barisan Nasional, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Negeri Johor melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di negeri berkenaan.

Abim amat mengalu-alukan kenyataan tersebut dan berpandangan bahawa ia sebagai satu petanda baik dalam arena politik semasa.

Kenyataan sedemikian secara tidak langsung telah membuka mata seluruh rakyat bahawa agenda untuk melaksanakan hukum Hudud ini bukan agenda yang dimiliki oleh sesuatu golongan sahaja tetapi ia merupakan kewajipan yang digalas oleh seluruh umat Islam.

Dalam pada itu, Abim juga menegaskan bahawa cadangan seperti ini harus disambut baik oleh seluruh pemimpin Islam supaya ia tidak hanya sekadar menjadi polemik dan alat gimik politik untuk keuntungan politik pihak tertentu semata-mata.

Pelaksanaan hukum hudud ini melibatkan sistem perundangan negara yang turut menyentuh beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia memerlukan dokongan kuat dari institusi Parlimen. Justeru, ia memerlukan kehendak politik secara kolektif dan semestinya ia tidak akan berlaku hanya menerusi kenyataan seseorang individu.

Lantaran itu, Abim menyeru seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama tampil mengetengahkan agenda penerangan dan pendidikan berkenaan hukum hudud ini bersama-sama agar ia benar-benar difahami oleh masyarakat.

Abim yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan secara sistematik dan jelas berkenaan pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan menerima pandangan lebih jelas tentang aspek keadilan dan hak asasi manusia yang turut ditekankan dalam pelaksanaan hudud.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi agenda ini Abim yakin kesepakatan sesama umat Islam yang telah dipisahkan dengan pelbagai ideologi politik akan tercapai.

Muhamad Faisal Abdul Aziz, Penolong Setiausaha Agung Abim

Tuesday, July 3, 2012

Fifteenth Night of Sha`ban




abdulkarimyahya.com

The Fifteenth Night of Sha`ban, known in Arabic as Laylat al-Nisf min Sha`ban, literally “the eve of the middle day of Sha`ban,” is one of the greatest nights of the year. (In Islam the night precedes the day so really it is the night before the fifteenth day of Sha`ban.) `Ata’ bin Yasar said that after Laylat al-Qadr there is no night better than the Fifteenth Night of Sha`ban. Its greatness is due to the Divine gifts that are bestowed during it.

One night Sayyidah `A’ishah noticed that the Messenger of Allah (may Allah bless him and grant him peace) had left her house. She went out to see where he was and found him in the Baqi` Graveyard raising his arms to the heavens in supplication. He said to her that on that night, the fifteenth night of Sha`ban, Allah forgives more people than there are hairs on the sheep of the tribe Kalb.1 He also said (may Allah bless him and grant him peace): “Allah gazes at His creation on the fifteenth night of Sha`ban and then forgives all His slaves except for two types of people: those who attribute partners to Allah and those who have rancour for their fellow Muslims.”2 The Prophet (may Allah bless him and grant him peace) said that when this night comes we should spend it in prayer and fast the following day, because truly Allah calls out to His slaves from sunset until dawn: “Is there anyone seeking forgiveness from Me so that I may forgive him? Is there anyone seeking provision from Me so I may provide for him? Is there anyone suffering so I may relieve his suffering?”3

Imam `Ali went out on the fifteenth night of Sha`ban and gazed at the Heavens. He said that the Prophet Daud (peace be upon him) went out at a similar time on this same night and said that if anyone calls upon Allah at this time, Allah answers him and if anyone seeks His forgiveness He forgives him. For this reason, he would spend the night in worship. It has been narrated that the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: “There are five nights on which du`a’ is not rejected: the first night of Rajab, the fifteenth night of Sha`ban, Thursday night, the night before `Eid al-Fitr and the night before `Eid al-Nahr (al-Adha).”4

`Ikrimah and other commentators of the Qur’an were of the opinion that the “blessed night” referred to in Surah al-Dukhan is the fifteenth night of Sha`ban.5 Allah says of it: in it every decreed affair becomes distinct.6 According to this opinion it is the night in which what Allah has decreed for His slaves for the ensuing year becomes manifest. Their provision is allotted and those who are destined to die are named. `Ata’ bin Yasar said that on this night the Angel of Death receives a scroll on which are the names of all those who are destined to die in the coming year. “A man may plant crops, get married and build buildings while his name has already been recorded amongst the dead. The Angel of Death is only waiting for the order to take his soul.” Thus many of the pious would ask Allah on this night to be recorded amongst the felicitous just as they would ask for plentiful provision.

Sayyiduna `Umar bin `Abd al-`Aziz said: “Do not neglect four nights in the year, because in those nights Allah pours His Mercy on His slaves: the first night of Rajab, the fifteenth night of Sha`ban, the night before Eid al-Fitr and the night before Eid al-Adha.” It was thus the habit of some of the early Muslims to “bring life” to the fifteenth night of Sha`ban. They encouraged people to come together in the mosque on that night to pray, supplicate and seek forgiveness.

A number of the hadith that talks about the immense gifts that Allah bestows on this night mention several categories of people that are excluded from receiving these gifts. Among those mentioned are those who attribute partners to Allah and those who have rancour in their hearts for their fellow Muslims. Some of the scholars mentioned specifically those who insult the Companions or the early generations of the Muslims or declare their fellow Muslims to be disbelievers or innovators. Other categories mentioned are those who fornicate, cut the ties of kinship or disrespect their parents.

These categories of people are also denied forgiveness and acceptance on other great nights such as the first night of Ramadan and Laylat al-Qadr. We should thus do our utmost to avoid these attributes. One of the early scholars said: “The best attributes are to have a sound heart, a generous soul and sincerely want good for the Ummah. Through these qualities the great ones reached the stations that they reached, not through a great amount of prayer and fasting.”

May Allah not deprive us of any of the gifts that are bestowed on this great night. May He give us the ability to seek His pleasure by praying to Him and seeking His forgiveness in this night and we ask that He decrees for us all that is good and deflects from us all that is harmful. May He send never-ending peace and blessings upon our Guide and Master Muhammad, through whom we came to know the superiority of one time over another and in whose guidance is all good in this life and the next.

1 Narrated by Ahmad, al-Tirmidhi and Ibn Majah. Banu Kalb was an Arab tribe renowned for the great flocks of sheep that its members possessed.

2 Narrated by Ahmad

3 Narrated by Ibn Majah

4 Narrated by al-Suyuti

5 The majority of commentators, however, say that the night referred to is Laylat al-Qadr

6 Al-Dukhan 44.4

ABIM Lancar Sinar Ramadhan 1433H



Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Sempena bulan Ramadan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) tahun ini melancarkan pelbagai program 'Sinar Ramadhan 1433H' yang bertujuan membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata antara program yang diadakan ialah Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), Kem Rakan Muda Masjid (RAPID), Program Khatam al-Quran, Ziarah Hospital dan 'Iftar for the Needy'.

"Program ini telah kita jalankan setiap tahun di beberapa negeri serta daerah, cuma pada tahun ini kita memperluaskan lagi ke seluruh Malaysia agar dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan terutamanya mereka yang miskin, ibu tunggal serta saudara baru," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pada tahun lepas sempena program bulan Ramadan ia meliputi 1,200 penerima di Kuala Lumpur dan Selangor, serta lebih 4,300 penerima di seluruh negara.

"Kita harap pada program kali ini ia akan melibatkan lebih ramai penyumbang sekaligus dapat membantu lebih ramai penerima yang memerlukan," katanya.

Menyentuh mengenai program KSSB, Mohamad Raimi berkata ia dijalankan sejak tahun 2006 bagi membantu golongan fakir miskin serta saudara baru memperoleh makanan asasi.

Selain itu, program Rapid dilaksanakan di cawangan Abim seluruh negara dengan menyasarkan penglibatan golongan belia melalui aktiviti pengukuhan asas Fardhu Ain, Smart Solat, tazkirah dan tadarus al-Quran.

Beliau berkata program yang bertemakan 'Taqwa Dihayati, Ramadhan Dimaknai' itu turut mendapat kerjasama Global Peace Mission (GPM) untuk membantu komuniti Muslim di 15 negara termasuk masyarakat minoriti Islam Rohingya (Myanmar), Selatan Filipina dan Thailand, Kemboja serta Afghanistan.

"Melalui program 'Iftar for the Needy' Abim dan GPM turut bekerjasama membantu rakyat Syria yang menjadi mangsa konflik di negara itu dengan menyampaikan bantuan bekalan makanan.

"Mereka yang berminat boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Abim bernombor 14023010011177 di Bank Islam atau menghubungi Sekretariat Abim pusat di talian 03-41084500," katanya. - Bernama

Tuesday, March 13, 2012

Catatan Menarik Nostalgia Penyokong

karya : Idati Malek

sekitar tahun 1998 sampai awal 2000, pasukan bola sepak Perak agak selalu ke Final Piala Malaysia. aku yang masih sekolah rendah, bukannya faham sangat apa itu lawan bola. aku tak tahu siapa Chelsea, siapa Man U, siapa Liverpool. fikiran aku masih ber'IQ borderline bagi orang dewasa. paling ketara aku tak tahu YNWA. dan aku tau kawan-kawan aku pun sekarang pun masih tak tahu.

aku cuma kenal Selangor, Kedah, Terengganu dan negeri-negeri lain dalam Malaysia. dan mestilah Perak, negeri aku sendiri.

masa itu, perasaan menyokong itu tak tahulah berapa ikhlas. tapi aku lah ratu mengekor abah aku pergi stadium masa lawan bola. orang menjerit aku menjerit, orang melompat aku melompat, orang tepuk tangan aku pun tepuk. yang aku tahu jersi kuning itu selalunya Perak.fikiran yang primitif terhadap bola sepak.

jadi bila Perak dapat ke final, aku gembira. bukan sebab apa, tapi sebab seronok naik kereta on the way ke KL.

memandangkan perlawanan final akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, maka pada tengahari atau petang perlawanan, ramailah penyokong Perak yang berpusu-pusu ke KL. masing-masing mengibarkan bendera PUTIH,KUNING,HITAM milik Perak di kenderaan masing-masing. meriah! penuh lebuhraya dengan kereta penyokong dengan bendera Perak berkibar megah.

bila bertemu di atas jalan, saling hon-meng'hon dan melambai-lambai tangan tanda 'YO, KITA GENG!!KEJOR YOB KEJOR! PERAK PASTI MENANG!'.

aku lah salah sorang budak kecik yang mengeluarkan kepala ikut tingkap sambil melambai-lambai orang ramai dan menjerit 'PERAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!', sebelum mak aku pula yang menjerit 'WOI, MASUK KEPALA DALAM. KANG PUTUS KENA LANGGAR LORI KANG!!'.

sepanjang perjalanan 2 jam setengah nak ke KL tu tak penat pun aku menjerit dan melambai-lambai.haha.

aku kalau boleh nak ulang balik saat-saat tu, sebab aku rasa best. walaupun antara penyokong ni tak mengenali pun, tapi kita berkomunikasi dengan cara yang unik. tak perlu ayat bunga-bunga, kita dah pun bersatu padu jerit-jerit kat stadium bagi sokongan.

ni adalah fakta menarik tentang pasukan Perak kesayangan aku,(sekarang dah tak kenal) :

Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama pada tahun 1967.

Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala F.A yang pertama pada tahun 1990.(masa aku lahir!)

Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia yang pertama kali dipertandingkan di Stadium Bukit Jalil pada 1998.

1998
Pasukan Bola Sepak Perak menjadi juara Piala Malaysia pada Alaf baru tahun 2000.

Chan Kok Heng tidak pernah bermain dengan pasukan lain, selain dari Perak sejak 1988 dan memegang No Lesen: FAMP002PK. Beliau sememangnya layak mendapat sedikit ganjaran dari Kerajaan negeri atas kesetiaan yang ada pada dirinya.

Belakang: Roslan Hamid [4], Lazslo Repasi [19], Raja Azlan Shah [2], Zamri Mat Ariff [22], Noel Dodo Kipre, János Krecska & Khairul Anuar Baharom [5]
Depan: R. Nanthakumar, Chan Kok Heng [3], Lim Seng Kong [17] & Abu Bakar Fadzim
Laszlo Repasi yang mewakili Perak selama 1/2 pusingan liga 1999, berjaya memiliki anugerah kasut emas kerana menjadi penjaring terbanyak liga, Bayangkan jika beliau bermain dari awal liga.

Perbicaraan terpanjang dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang, dihukum gantung sehingga hari terakhir musim 1999. Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas tiga mesyuarat yang memakan masa hampir 10 jam, termasuk dua penangguhan, bermula dengan mesyuarat pertama pada 28 Oktober 1999. (weigang ni jurulatih yg aku suka, dia hebat!)

weigang
3/11/99 - RISIKO yang diambil pengendali Perak, Karl Heinz Weigang dengan hadir di Stadium Perak nyata berbaloi apabila anak buahnya mengukir kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Ipoh. Weigang yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta mengingkari arahan doktor supaya berehat kerana sedar kehadirannya di tepi padang amat diperlukan.

Nov 1999 - Langkah menurunkan pemain muda seperti Indra Putra Mahayuddin dan K Nanthakumar dalam saingan bola sepak Piala Malaysia musim ini terutama ketika menentang Selangor bertujuan `membunuh dua burung dengan satu batu'. Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang berkata tindakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka.

Oct 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang menuntut corak agresif dan bukan perlakuan kasar daripada anak buahnya apabila turun menentang Selangor dalam saingan bola sepak Piala Malaysia. "Saya berharap pemain Perak memahami istilah agresif yang sebenarnya. Ia tidak sama dengan bertindak kasar terhadap lawan," katanya.

Oct. 1999 -Tuntutan Karl Heinz Weigang mengenai bayaran khidmatnya yang masih terhutang ketika menjadi jurulatih negara, 18 tahun lalu, enggan dilayan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pendirian itu dinyatakan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, yang tampak tersinggung dengan cara Weigang mengemukakan tuntutan itu menerusi media massa.

Oct. 1999 - Pengendali pasukan bola sepak Perak, Karl Heinz Weigang, semalam membuat laporan polis terhadap dakwaan serius yang dilemparkan kepadanya oleh pegawai perlawanan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disiarkan media massa tempatan. Pengendali dan jurulatih Perak itu membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira jam 2.45 petang berikutan dakwaan pegawai perlawanan dan FAM, kononnya dia menawarkan RM25,000 setiap seorang kepada pegawai perlawanan Perak menentang Pulau Pinang, selain melemparkan kata-kata kecaman terhadap mereka sebaik tamat perlawanan.

Oct. 1999 - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamzah Abu Samah dan bekas setiausahanya, Datuk Paul Murugasu diminta menjawab kesahihan dakwaan bahawa badan berkenaan masih berhutang dengan bekas jurulatihnya, Karl Heinz Weigang. Weigang yang kini jurulatih Perak, berkata badan itu tidak menunaikan janjinya selepas memimpin pasukan kebangsaan lewat 70-an dan awal tahun 80-an.

25 Oct. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang mempertikai langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menugaskan empat pegawai dari Selangor bagi mengendalikan perlawanannya dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. "Bagaimana mereka boleh menghantar empat pegawai dari Selangor untuk mengadili perlawanan ini sedangkan Selangor juga berada dalam kumpulan yang sama dengan kami.

25 Oct. 1999 - Kemarahan jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang terhadap pegawai perlawanan tidak dapat dibendung hingga mendorongnya menegur mereka selepas perlawanan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam kelmarin. Weigang yang masuk ke padang selepas perlawanan untuk mengucapkan tahniah kepada anak buahnya berikutan persembahan `menakjubkan' menegur dua pengadil, S Selarajan dan Azmi Abdullah serta dua penjaga garisan, Mohd Rodzali Yacob dan Danny Ong Kim Heng - kesemuanya dari Selangor - dengan berkata - "Tidak malukah anda dengan apa yang anda lakukan, malam ini."

Sept. 1999 - Pengendali Perak, Karl Heinz Weigang, mencipta sejarah apabila menjadi individu pertama dianugerahkan denda tertinggi oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Weigang diarah membayar denda berjumlah RM8,000 selepas didapati bersalah dalam kedua-dua kes disiplin membabitkannya yang diadili oleh lembaga itu, semalam.

9/10/2000 ...tetapi apa sahaja bentuk bantuan dan kelebihan yang diberikan kepada Selangor oleh pegawai perlawanan, saya percaya mereka tidak akan menjadi juara Piala Malaysia tahun ini,'' dakwa Weigang lagi.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama itu juga, Weigang menyifatkan pemain-pemain Selangor, termasuk pemain kebangsaan, sebagai ''pelakon terbaik''----> Kenyataan Weigang selepas perlawanan Perak Selangor di Shah Alam.

13/04/1999 Hukum saya bukan Perak.'Jika FAM berasa tidak puas hati dengan saya, hukumlah saya tetapi jangan babitkan pasukan Perak,'' kata Weigang. Perak, juara Piala Malaysia musim lalu, tumpas buat pertama kali di gelanggang sendiri dalam aksi Perdana Satu, tumpas 2-3 kepada Brunei, Sabtu lalu. Perak bermain 10 orang pada minit ke-73 selepas penjaga golnya, Razmi Razuan dibuang padang kerana mengasari pemain Brunei, Ali Momin yang dikatakan membangkitkan kemarahan Weigang.Tindakan pengadil perlawanan, B. Pandian memerintahkan penjaga gol itu keluar padang menyaksikan Weigang melutut dan menyembah Pandian dan penjaga garisan, Mohd. Sukri Mat Amin sebagai tanda tidak puas hati seolah-olah tindakan pengadil itu sengaja menganiaya beliau''Saya tidak tahu sama ada tindakan itu ditujukan kepada saya atau Perak tetapi jika saya tidak disukai di Malaysia, saya boleh pergi,'' ujar Weigang yang menafikan tindakannya bukan kerana pasukannya tewas kepada Brunei.

10/12/98 Ibarat gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup, begitu jugalah rahsia yang selama ini cuba ditutup oleh pengurusan pasukan Perak, akhirnya terbongkar jua. Hakikatnya, ketegangan hubungan antara jurulatih Karl Weigang dan penyerang import, Laszlo Repasi sampai ke kemuncaknya petang kelmarin apabila mereka terbabit dalam satu pergaduhan. Difahamkan, punca Weigang benci kepada Repasi bermula apabila pemain itu dikatakan sengaja memberi alasan cedera agar tidak diturunkan dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang lalu. Berikutan itu, Repasi tidak pernah diturunkan dalam empat perlawanan terakhir termasuk dalam perlawanan separuh akhir menentang Negeri Sembilan.

02/06/98 Weigang akan berlepas ke Paris hari ini untuk menerima anugerah khas dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana jasa-jasanya dalam meningkatkan mutu bola sepak. Selepas itu, jurulatih dari Jerman tersebut akan melaksanakan beberapa tugas yang diberikan oleh FIFA di Pyongyang, Korea Utara.

24/10/2000 Weigang dikatakan tidak mempunyai kontrak langsung dengan PAFA tetapi menawarkan khidmatnya atas dasar hubungan baiknya dengan pasukan negeri ini. Dia yang menggantikan Tornstern Spittler secara mengejut di pertengahan musim berjaya meletakkan Perak kembali ke landasan sebenar selepas Perak terumbang-ambing di bawah kendalian Spittler

2001 membawa sejarah untuk Noizam Ali Hasan bersama Perak. Beliau yang memenagi anugerah kasut emas Primier 1 tetapi malangnya sikap sambil lewa FAM dalam penyerahan kasut emas tersebut amat dikesali oleh peminat bola sepak Perak.

PASUKAN NEGERI PERAK JUGA TIDAK PERNAH TERCICIR DARI PERTANDINGAN PIALA MALAYSIA SEJAK IANYA DIPERKENALKAN HINGGA HARI INI (2002.) - artikel lama

April 2002 - Perak meraih RM40,000 selaku juara liga pusingan pertama Liga M musim 2002. Ini adalah tahun yang berbeza dengan sebelum ini kerana Perak sebelum ini Perak di cap sebagai pasukan lambat panas.

 
Photography Templates | Slideshow Software