Dari robohan kota melaka,
Kita bina jiwa Merdeka,
Bersatulah Mahasiswa seluruh baka,
Membela Islam warisan pusaka.....
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Pidato Demonstrasi Mahasiswa, 4 April 2008
Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya, KL
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wabarakatuh....
Salam Pembelaan,
Salam Perjuangan,
Salam Kebangkitan Gerakan Mahasiswa.
Saudara, saudari yang saya hormati sekalian, pada hari ini kita telah dihimpunkan di suatu lapangan Umat untuk kita secara bersama menyatakan prinsip kita, bantahan kita secara keras ke atas filem Fitna yang berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh kuncu-kuncu barat iaitu Belanda.
Saudara, saudari sekalian, kita sendiri melihat bagaimana petikan tidak lengkap Ayat suci Al-Quran berkaitan Jihad telah dimanipulasi untuk menggambarkan Islam kononnya agama yang menggalakkan keganasan. Sedangkan ayat sebelum itu menjelaskan bagaimana kaum kuffar- Yahudi wa Nasara sentiasa berusaha gigih untuk menghapuskan Umat Islam dari seluruh dunia.
Lantaran, kita dari seluruh persatuan Mahasiswa Islam, PKPIM, PMIUM, dan Karisma menuntut agar Geert Wilders dan kerajaan Belanda memohon maaf secara terbuka kepada seluruh Umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Dalam masa yang sama, kita juga ingin memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat filem yang bertujuan untuk merosakkan Islam dan Umatnya akan terima padahnya.
Sesungguhnya tidak ada bezanya antara Fitna dan "Gubra", tidak ada bezanya antara Fitna dan "Akhirat", tidak ada bezanya antara Fitna dan "Sepet". Lantaran, atas dasar "Al-Islam ya'lu wa la yu'la 'alaih" kita mengutuk seluruh filem sama ada dalam negara atau luar negara yang terbukti merosakkan Islam dan Umatnya.
Dari robohan kota Melaka,
Kita bina jiwa Merdeka,
Bersatulah Mahasiswa seluruh baka,
Membela Islam warisan pusaka.
Jika dirobohkan kota Melaka,
Papan di Jawa kita dirikan,
Jika benar bagai dikata,
Nyawa dan badan kita pertaruhkan...
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Friday, April 4, 2008
Pidato Demonstrasi Mahasiswa - "FITNA"
Posted by Faisal Aziz on 10:49 PM
5 comments:
This is only another way to create a blatant lie about our Faith. This is not new. the method may have changed but we are already warned about this ever since the Quran was revealed:
"(3) And (the unbelievers) plotted and planned, and Allah too planned, and the best of planners is Allah.
( سورة آل عمران , Ali-Imran, Chapter 3, Verse 54)"
Thus it is our duty to re-educate the public. Someone just had to stand up and perform our communal obligation (fard kifayah) to open the eyes of the Muslims and the general public at large. Therefore, i must thank you for your effort and i hoped more people can be brave and alert enough to address this and similar issues in the future.
whereas, the word 'Islam' itself means 'peace' and always promotes peace, not war.
"(5) And make not Allah.s (name) an excuse in your oaths against doing good, or acting rightly, or making peace between persons; for Allah is One Who heareth and knoweth all things.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter 2, Verse 224)"
caya la pece..
mantap2..
salam perjuangan..
dalam kita membantah penyiaran filem fitna itu,emosi kita seharusnya tidak menguasai kewarasan akal yang ada.contohnya di beberapa negara islam,mereka membakar bendera belanda dan menghentam kromo kedutaan2 belanda.secara peribadi,aku tak setuju ngn semua tuh.kite muslim harus hormat kedaulatan sesebuah negara.jgn kerana nyamuk seekor,habis sekelambu dibakar.eheh
saya setuju dengan pendapat saudara irfan..
ya, memang benar, sang zionis laknat tidak pernah jemu menghentam Islam, malah, bukan sahaja islam, tetapi agama-agama wahyu yang lain, segalanya dihenyak tanpa rasa bersalah atau malu...
Disini saya suka mengingatkan kita semua, perjuangan menentang zionis ini haruslah menggunakan daya intelektual dan akal, bukanlah dengan hanya tunjuk perasaan yang hanya menggunakan emosi seolah-olah dirasuk syaitan, seperti yang dilakukan oleh sebilangan kecil umat Islam di merata tempat.
Mekanisme baru untuk menangani kegiatan menghina Islam haruslah dibincangkan dan diteliti secara serius oleh sekalian umat, bukan sahaja oleh golongan pemimpin, malahan golongan mahasiswa seperti kita...
harapnya sekiranya ada kesempatan, bolehlah kita bincangkannya secara serius pada hari mendatang...
Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada saudara kerana berjaya menganjurkan pidato mengenai isu FITNA di UM baru-baru ini. Semoga Allah sentiasa bersama saudara dalam perjuangan ini!!
Salam perjuangan
Ibn Qadir
Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana memberikan respon yang adil berkenaan isu ini. (Alhamdulillah semoga anda akn menggantikan Jeff Oii satu masa nanti)
Tindakan ini diambil bukanlah untuk mencari poplariti, tetapi memandangkan tidak ada anggota kabinet yang mampu bersuara melawan arus, maka tindakan ini terpaksa juga diambil untuk "memulihkan semula MPMUM yang semakin tenat" (ibarat kata Ku Li @ Mukhriz)
Dunia kampus merupakan cerminan kepada keperibadian seseorang apabila bergraduan kelak. Di kampuslah mahasiswa mengasah bakat kepimpinan dan menerima latihan 'mencabar' dalam membentuk acuan politik mereka sendiri.
Peristiwa pahit manis dan pengalaman yang indah ketika berjuang di kampus ini sudah tentu tidak akan kita nikmati lagi apabila sudah bergelar graduan nanti.
Setiap kepayahan, kesusahan, dan pengorbanan yang dicurahkan semasa di kampus sudah tentu akan meningkatkan lagi jati diri apabila keluar kepada masyarakat kelak.
Perjuangan ketika berada di kampus tidak sama seperti di luar... pengalaman mengadakan demonstrasi, disoalsiasat di Balai Polis Bukit Aman, dan dihadapkan di mahkamah universiti demi memperjuangkan nasib mahasiswa dan rakyat jelata tanpa mengira kaum dan fahaman politik sudah tentu akan mematangkan lagi pemikiran kita selain meningkatkan lagi keupayaan dan persediaan kita untuk berhadapan dengan 1001 cabaran dan tribulasi yang ''lebih perit'' apabila berada di luar kelak.(sory kalau x bersetuju)...
Ini berbeza dengan golongan yang sekadar menjadi pemerhati dari jauh... sekiranya semua rakyat Malaysia berfikiran begitu, sudah tentu akan _______ negara....(jawab sendiri)
Dalam usaha kita untuk membawa angin perubahan adakalanya menuntut kepada pengorbanan.
Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk 'dikambinghitamkan' demi melihat perubahan yang besar berlaku???
Adakah kita sanggup menggantikan tempat Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela yang sanggup berjuang demi kemerdekaan India dan menghapuskan budaya diskriminasi ke atas kaum kulit hitam?
Atau pun dalam situasi di Malaysia, adakah kita sanggup untuk menjadi seperti Dato' Syed Jaafar Albar, Dato' Idris Haron, Dato' Shahril Samad dan Tun Dr. Mahathir? (kesemua mereka ini dikenakan tindakan tatatertib & sanggup dikambinghitamkan untuk membaiki kerosakan yang berlaku?)
Ataupun kita sekadar beretorik untuk melakukan perubahan sedangkan kita tidak pernah bersedia untuk dikorbankan???
Kita perlu sedar, mahasiswa merupakan pemimpin pada masa depan. Lupakanlah segala perbezaan politik terlebih dahulu. Ibarat kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, "Jika kamu mahu melihat pemimpin pada masa depan, maka kamu lihatlah pemuda-pemudinya pada masa kini"
Maknanya, dalam konteks di Malaysia, dengan ertikata yang lain, "Jika kita nak lihat barisan kepimpinan negara pada masa depan, maka kita lihatlah realiti mahasiswa pada masa kini"
Justeru, kita boleh membuat penilaian sendiri tentang apakah nasib negara kita kelak dengan adanya golongan mahasiswa pada masa kini... (diharap anda semua dapat menjawab dengan jujur...huhu)
Kalau dulu, suara mahasiswa merupakan suara ketiga terkuat selepas kerajaan dan pembangkang. Bagaimana pula sekarang? sejauhmana kuatnya suara mahasiswa kini dalam memperjuangkan hak mahasiswa dan nasib golongan rakyat yang hidup menderita sepertimana yang berlaku dalam peristiwa "demonstrasi Baling" pada era 70-an dahulu?(jawab dengan hati terbuka...)
Justeru diharapkan agar makalah yang tidak seberapa ini dapat membuka pemikiran kita untuk menilai kembali tahap keupayaan sebenar mahasiswa kita sekarang. Adalah sesuatu yang tidak adil mengaitkan mahasiswa dengan pembangkang semata-mata kerana mahu menyuarakan hasrat dengan lebih agresif melalui demonstrasi setelah semua saluran perbincangan selesai digunakan. (adakah adil bila orang mengatakan kita beruk semata-mata kerana kita suka makan pisang???)
Mahasiswa merupakan pemimpin pada masa depan! Jatuhbangunnya negara pada hari ini bergantung kepada "kuat" atau "lembiknya" mahasiswa pada masa kini!
Suara Mahasiswa suara rakyat! Suara Mahasiswa suara keramat! Bersama kita berganding bahu dan berganding tenaga dengan melupakan perbezaan ideologi demi memartabatkan semula kedaulatan Mahasiswa!!!
-Ahmad Shahir Abdul Aziz
Post a Comment