Kenyataan Rasmi PKPIM - Buletin Utama 25 Mac 2008
Menteri Pengajian Tinggi Dato Khaled Nordin
Terlebih dahulu saya dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin tentang hasrat kementerian terbabit untuk meminda Akta Universiti & Kolej Universitu (AUKU) yang dinyatakan dalam akhbar yang bertarikh 25 Mac 2008 lalu.
Sebagai pemimpin mahasiswa, saya beranggapan bahawa tindakan untuk meminda AUKU itu satu tindakan yang relevan. Setelah sekian lama mahasiswa berada dalam zaman AUKU kita melihat beberapa elemen yang bersifat pro dan kontra telah mewarnai kehidupan mahasiswa. Secara keseluruhannya kita melihat bagaimana mahasiswa itu telah hilang semangat untuk bersosial dan memimpin. Akibatnya, mahasiswa telah hilang keyakinan diri, malu untuk berhadapan dengan masyarakat, tidak lagi memiliki kredibiliti sebagai pemimpin, takut untuk berhadapan dengan cabaran, serta masih tercari-cari matlamat hidup mereka yang sebenar.
Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku pada zaman mereka menjadi mahasiswa, tetapi ia secara tidak langsung akan terbawa-bawa ke alam pekerjaan. Maka tidak hairanlah mengapa ramai kelompok yang mengisi sektor pekerjaan pada hari ini belum bersedia dan tidak bersungguh-sungguh untuk berhadapan dengan tanggungjawab yang lebih besar, takut untuk menghadapi cabaran kerana khuatir untuk berhadapan dengan risiko, mudah mengalami tekanan perasaan ekoran hilangnya motivasi diri, dan sebagainya.
Sementara itu, saya juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga bekas Presiden MBM Datuk Saifuddin Abdullah lalu, yang mendakwa beberapa peruntukan dalam AUKU sendiri sudah tidak relevan. Antaranya Seksyen 15(1),(2),(3) dan (4) yang melarang Mahasiswa menganggotai pertubuhan di luar kampus. Bagaimana mungkin keterlibatan mahasiswa yang amat diperlukan masyarakat dinafikan. Pertubuhan luar yang sah seperti pertubuhan belia, persatuan koperasi, beberapa persatuan professional dan sebagainya sememangnya memerlukan idea dan sumbangan mahasiswa sebagai tulang belakang untuk menggerakkan aktiviti mereka.
Kehidupan mahasiswa sepatutnya menjadi medan untuk mereka membuka mata. Mereka tidak boleh berada dalam di ruang lingkup mereka sahaja, sebaliknya mereka perlu memandang kepada dunia luar sebagai penilaian tentang apa yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat. Kehidupan Mahasiswa seharusnya tidak terhad hanya kepada dewan kuliyah, bilik tutorial, dan perpustakaan. Sebaliknya ia membabitkan seluruh kehidupan universiti dan masyarakat, termasuk kokurikulum, kebajikan, politik kampus, dan sebagainya. Penglibatan seperti inilah yang sebenarnya mampu untuk mematangkan kepimpinan mahasiswa.
Dalam pada itu, saranan saya dan PKPIM kepada seluruh mahasiswa, kita harus menyahut perubahan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan iltizam sebagai nadi kepada pembangunan mahasiswa sendiri. Sebagai pemimpin Negara masa depan, kita harus sedar bahawa mahasiswa harus mencari medium untuk membugar proses kematangan berfikir dan memimpin. Maka, mentaliti golongan mahasiswa yang masih lagi kaku, lesu serta tiada hala tuju seharusnya diubah kerana ia akan memberikan gambaran yang salah tentang identiti mahasiswa yang sebenar. Mereka yang beranggapan bahawa zaman mahasiswa hanyalah zaman untuk mendapatkan segulung ijazah, juga harus digantikan dengan kesedaran untuk bersama-sama membawa idealisme perjuangan mahasiswa yang murni.
Tuesday, March 25, 2008
Pindaan AUKU satu tindakan relevan
Posted by Faisal Aziz on 9:13 AM
3 comments:
i support your motion as to the irrelevancy of having AUKU or UCCA. Having said this, my respects and thumbs up to your bold front of supporting the amendment to AUKU in berita harian. There is nothing much for me to comment here. Perhaps, the only suggestion i may post to you is
to see more articles in English. I believe your comprehension and command in English is very coherent..with best regards-La Salle
salam..
terima kasih kerana saudara sudi menziarahi blog saya...
Insyaallah...saya akan membuat entri berkenaan AUKU selepas ini...buat pengetahuan saudara, saya sedang cuba mengumpulkan maklumat mengenainya...
Saya juga berbesar hati mempersilakan saudara untuk memberi komen atau pendapat berkenaan dengan entri blog berkenaan AUKU nanti..maklumlah saudara faisal lebih lama berkecimpung didalam bidang perjuangan mahasiswa berbanding dengan saya...
Biar putih tulang, jangan putih mata...
teruskan perjuanganmu sahabatku,
Ibn Qadir
Hi, apa khabar saudara?
Your blog is very good and informative. Keep it up!
Post a Comment