Saya telah membaca blog Lim Kit Siang berhubung pemulauan upacara angkat sumpah tersebut. Namun tulisan terbaru beliau telah menyatakan permohonan maaf kepada Sultan Perak serta Raja Dr Nazrin Shah tentang apa yang berlaku(tulisan sebelum ini) . Menurut laporan Malaysiakini hari ini, ADUN dari DAP turut hadir memberi sokongan/tidak memboikot majlis angkat sumpah jam 4 petang tadi di Istana Kinta.
Inilah permainan politik. Hakikat sebenarnya, pimpinan utama DAP telah pun bersetuju dengan pelantikan wakil Pas tersebut. Dalam masa yang sama mereka memahami dasar perjuangan parti Pas yang tidak diskriminasi kaum.Tidak ketinggalan, pemimpin DAP, PKR dan Pas telah menandatangani perjanjian untuk memberi sokongan penuh kepada siapa yang dipilih oleh Sultan Azlan Shah. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), Sdr Zulkifli Ibrahim(Pengerusi PKR Perak), dan Ust Ahmad Awang (YDP Pas Perak).
Tetapi masalah yang timbul adalah ahli DAP bawahan yang tidak faham dan takut untuk menerima wakil Pas tersebut. Penyokong bukan sahaja tidak bersetuju, malah mendesak pemimpin DAP Pusat dan Perak untuk menolak pelantikan MB tersebut.Maka untuk menjaga hati pengundi Cina-DAP, Lim Kit Siang dilihat sengaja bersandiwara kononnya menentang pelantikan tersebut.
Dari segi undang-undang, pelantikan MB tersebut adalah sah dan tidak boleh dinafikan. Menurut perlembagaan negeri Perak, kuasa melantik MB hanya ditangan Sultan.Maka adalah mustahil bagi Lim Kit Siang tidak mengetahui perkara tersebut sedangkan beliau sendiri adalah peguam.
Apa pun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Mari kita berdoa agar Barisan Rakyat yang memimpin kerajaan Perak akan membawa "Harapan Baru Untuk Perak" seperti mana yang dimahukan oleh seluruh rakyat Perak.Insya Allah masalah berbangkit selepas ini tidak akan timbul.
Fakta menarik tentang MB Baru Perak
Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.
Thursday, March 13, 2008
Permainan politik yang menarik di Perak
Posted by Faisal Aziz on 2:28 AM
0 comments:
Post a Comment