Thursday, June 5, 2008

Sampai Bila Marheanis Dizalimi



Tepat pukul 5.31 petang hari Rabu bersamaan dengan 4 Jun 2008, saya telah menerima maklumat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa harga petrol baru akan diumumkan dan dikuatkuasakan tepat pukul 12.00 malam. Maka, pada pukul 8.00 malam saya terus bergegas ke stesyen minyak untuk membeli petrol sebelum harga baru dikuatkuasakan. Setiba di stesyen minyak, saya melihat rupa-rupanya seluruh rakyat Malaysia telah ditempelak dengan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apa sudah jadi dengan kewarasan dan keprihatinan kerajaan? Terdahulu, dalam pertemuan yang dibuat bersama beberapa ahli Parlimen Malaysa, saya difahamkan bahawa YB Rembau - Khairi Jamaludin pernah mencadangkan agar kerajaan mengurangkan subsidi petrol dalam keadaan harga minyak dunia melambung tinggi. Jika ia direalisasikan, sudah pasti harga minyak tempatan akan turut melambung. Rupa-rupnya saranan menantu kesayangan PM itu telah diterima bulat-bulat. Persoalannya adakah benar kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Pak Lah hanyalah boneka dan kuda yang ditunggang oleh menantunya?


Dalam pada itu, sebaik sahaja pengumuman dibuat, Dato Shahril Samad memberi jaminan bahawa harga barang tidak akan naik. Dalam masa yang sama, Pak Lah juga secara tiba-tiba telah melantik seluruh rakyat menjadi pegawai KPDNHEP dengan menyuruh rakyat menjadi mata-mata kerajaan bagi memastikan harga barang tidak dinaikkan.

Apakah perkataan yang wajar digunakan untuk golongan yang berfikiran sebegini? Tidak waras? Buta? Lembap berfikir? Secara teorinya, harga barang-barang lain akan naik jika harga minyak naik. Ini disebabkan minyak adalah sumber penggerak utama aktiviti ekonomi negara.



Bagi rakyat kenaikan ini terlalu melampau kerana pertama kali dalam sejarah harga petrol dan diesel naik terlalu mendadak. Harga petrol telah naik sehingga 41% dari RM 1.92 seliter ke RM 2.70 seliter manakala harga diesel pula mencecah 63% iaitu dari RM 1.58 seliter ke RM 2.58 seliter. Dalam pada itu, pada 1 Julai pula, tarif elektrik pula akan dinaikkan 18% untuk perndustrian yang menggunakan 200KwH dan 26% bagi pengguna industri dan komersial.

Dimanakah keadilan? Mengapa hanya rakyat yang perlu berkorban apabila negara dilanda krisis ekonomi? Mengapa tidak PM, TPM, dan seluruh Pak Menteri dikorbankan terlebih dahulu? Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah seluruh elaun, tuntutan perjalanan - mileage dan claim-claim lain yang diberikan kepada menteri harus dihapuskan dahulu. Dalam masa yang sama rasuah penguasa, komisyen dan projek mega yang bersifat membazir turut harus dilupuskan.

Sampai bila rakyat marhein akan terus ditindas dan kesenangan hidup mereka dipenjarakan? Maka, sudah tiba masanya untuk mahasiswa dan rakyat turun ke jalan raya berdemonstrasi secara besar-besaran bagi membantah tindakan zalim pemerintah ini. Kita perlu buktikan bahawa kita adalah golongan mahasiswa dan rakyat yang cerdik, tidak dayus, tidak mudah digula-gulakan oleh pengkhianat amanah rakyat ini. Atas dasar kita cintakan negara, sesuatu perlu dibuat untuk menyelamatkan ekonomi negara dari bankrap ekoran disonglap oleh parasit bangsa dan kroni yang hanya mementingkan perut peribadi.



SALAM KEBANGKITAN.....

1 comments:

İrfan Abad said...

aku setuju ngn artikel ko tu,tapi kte mesti igt,menteri2 pn nk 'ronggeng2' gk kt luo negeri.kalo tak g 'ronggeng', g minum 'stout' sket.tu yg ade satu menteri x dapat g 'ronggeng' kt luo,pegi raba buntut awek kt lobi hotel.wat malu MT Umno je.huhu!lg 1,mjlis2 rasmi yang wat kt hotel 2,pegawai jabatan@kementerian ade share.check hotel sri malaysia dan sewaktu dengannya..kalo xdee majlis rasmi wat grand2 kt hotel,xde la uang dong

 
Photography Templates | Slideshow Software