Thursday, March 18, 2010

SERBUAN TERHADAP PREMIS GAJET SEKS: PKPIM MENYOKONG TINDAKAN PIHAK BERKUASA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan tahniah dan syabas pada pihak berkuasa kerana bertindak menyerbu premis-premis yang membekalkan gajet-gajet seks secara haram di beberapa kompleks membeli-belah yang terkemuka di ibu negara. Namun, PKPIM berharap agar tindakan susulan yang lebih tegas dipergiatkan lagi agar ia tidak terhenti di sini sahaja. Dalam pada itu, peranan untuk mencegah penjualan bahan seperti ini juga tidak seharusnya dilaksanakan oleh penguatkuasa tempatan serta wartawan akhbar semata-mata, tetapi memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan Malaysia bebas dari penjualan gajet-gajet seks secara...

Monday, March 15, 2010

Meneliti Mekanisme Pelaksanaan GST

Secara sedar atau tidak, kerajaan hari ini ke arah untuk memperkenalkan Modul Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan menjelang 30 Mac ini bagi menggantikan beberapa dasar ekonomi sedia ada seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memastikan dasar fiskal negara terus relevan dan memenuhi tuntutan zaman.Namun, seperti yang dinyatakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, MEB ini akan dipamerkan kepada rakyat terlebih dahulu bagi mendapatkan input-input yang relevan oleh anggota masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan agensi kerajaan sebelum ia dilaksanakan dengan menggunapakai beberapa sistem fiskal...

Saturday, March 13, 2010

PKPIM GESA KERAJAAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP FRANCAIS PREMIS MENJUAL AKSESORI SEKS SECARA TERBUKA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap premis-premis yang menjual aksesori seks secara terbuka dan berleluasa. Premis-premis aksesori seks ini didapati menjual pelbagai produk seks seperti pil dan ubat-ubatan yang berbahaya serta diragui tahap keselamatannya, kondom, alat permainan seks dan lain-lain lagi.PKPIM berpandangan bahawa penjualan secara terbuka yang dilakukan oleh premis tersebut secara tidak langsung telah menggalakkan perlakuan seks bebas khususnya di kalangan remaja masa kini. Maka, secara tidak langsung perlakuan seks bebas akan dijadikan budaya masyarakat...

Friday, March 5, 2010

PKPIM wakili Malaysia ke ‘The 3 rd International Youth Gathering'

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar wakil untuk mewakili Malaysia ke ‘The 3 rd International Youth Gathering ‘yang berlangsung di Jakarta dan Bandung padai 17 hingga 24 Januari 2010 yang lalu.Perhimpunan ini dianjurkan oleh The Union of Non-Govermental Organizations of Islamic World (UNIW-www.theunity.org) dengan kerjasama Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), Nuansa Islam Universitas Indonesia (SALAM UI), Komuniti Kemanusian Indonesia(KKI ), Persatuan Umat Islam (PUI) dan Rumah Zakat Indonesia(RZ1). Ia merupakan perhimpunan kali pertama dianjurkan di Indonesia setelah perhimpunan pertama dan kedua...

Wednesday, March 3, 2010

PKPIM anjur Program Menara Gading Johor.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menerusi Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), yang merupakan salah satu Badan Gabungan Negeri PKPIM telah menganjurkan Program Menara Gading 2010 di Kompleks Mustika Embun, Jln Rahman Andak, Johor Bharu, Johor.Program yang berlangsung pada 12 hingga 14 Februari 2010 iaitu bersamaan 27 hingga 29 Safar 1431H lalu bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin pelajar dari negeri Johor yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti bagi membuka ruang dan peluang untuk mereka mendapat pendedahan sebagai persediaan menghadapi cabaran mendatang. Selain itu, program ini juga merupakan medium bagi ahli-ahli...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software