Wednesday, January 5, 2011

NOVEL INTERLOK: SERAHKAN KEMBALI KEPADA PERANAN GURU




KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

NOVEL INTERLOK: SERAHKAN KEMBALI KEPADA PERANAN GURU

6 JANUARI 2011 / 1 SAFAR 1432H

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada saranan oleh beberapa pemimpin masyarakat India agar kerajaan menarik balik Novel Interlok daripada menjadi teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu (KOMSAS).

PKPIM berpandangan bahawa karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu tidak seharusnya ditatap dengan sikap prejudis berlandaskan kepada perasangka perkauman sebaliknya sebagai pemimpin yang berilmu, ia wajar dijadikan bahan perdebatan ilmiah berdasarkan semangat cintakan ilmu.

Bagi PKPIM, kita seharusnya bersikap adil dan berhemah tinggi dalam menilai segala bentuk karya ilmu termasuk bersikap adil kepada golongan penulis. PKPIM turut mempersoal adakah kredibiliti komponen sastera lain termasuk dalam Bahasa Inggeris akan turut ditarik balik sekitranya terdapat satu ayat yang menurut pembacaan kelompok tertentu menyinggung dan terlalu sensitif?

Dalam pada itu, karya tersebut adalah merupakan satu penjelasan kepada latar masa Tanah Melayu sebelum Merdeka iaitu 1910-1957 yang terbahagi kepada beberapa bahagian yang turut bersifat kritis terhadap bangsa Melayu dan Cina pada waktu itu dan diakhiri dengan rumusan bagaimana perbezaan ini dapat dipecahkan bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Maka, bagi PKPIM komponen sebegini sememangnya menuntut peranan guru yang lebih efektif untuk menjelaskan sebaik mungkin kepada pelajar berhubung isu-isu perpaduan, perbezaan latar kaum dan persamaan sifat yang wujud dalam novel berkenaan memandangkan ianya satu alat pendidikan sejarah kepada generasi kini.

Lantaran itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan kepercayaan kepada golongan pendidik dalam memberikan penjelasan terbaik kepada generasi pelajar dalam mengupas sebarang bentuk karya sekolah memandangkan mereka ini adalah golongan yang tidak berkepentingan seperti ahli politik.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ (860813-38-5543)

Presiden PKPIM

0 comments:

 
Photography Templates | Slideshow Software