Friday, July 20, 2007

demo.jpg (JPEG Image, 3258x1780 pixels)

demo.jpg (JPEG Image, 3258x1780 pixe...

Thursday, July 12, 2007

Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains & Matematik wajar dikaji semula

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan. Namun, tidak pula yang bercakap tentang bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi tunjang dalam memperoleh kemajuan. Sedangkan bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas sebagai salah satu cabang dari bahasa-bahasa Austronesia oleh sekitar 300 juta penutur dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia....

FTA : Antara Pro & Kontra

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dibentuk menerusi jalinan kerjasama antara dua atau lebih negara yang bersetuju secara dasar untuk mengurangkan tarif atau tidak mengenakan sebarang tarif ke atas semua produk ataupun sejumlah produk yang diperdagangkan di antara negara-negara yang terlibat. Secara mudah, ianya ditafsirkan dengan istilah kebebasan dan tanpa dihalangi oleh sebarang sekatan dalam aspek perdagangan untuk memastikan hubungan perdagangan yang bersifat multilateral berjalan dengan licin. Malaysia adalah antara negara yang aktif dalam usaha untuk membentuk hubungan kesepakatan seperti ini. Setakat ini Malaysia telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam perdagangan dunia seperti menerusi proses perjanjian perdagangan bebas dua hala...

Hegemony behind FTA

The process of signing the agreement along with other countries is spreading rapidly. We look like to be too keen in implementing that process. So far, Malaysian Government still in the process of studying the consequences of the FTA with United States . We nowadays are more likely to please the Americans compared to previous times. Malaysia is seen as likely to bow to pressure by the United States to enter into Free trade Agreement (FTA) with the imperialist superpower. We as Malaysians must rise in arms to protest against FTA that would be most likely to be lopsided in the US favour. That is the nature of FTA which was rushed through by the Americans for the countries in Latin America . I would like to point out that unlike multilateral agreements of World Trade Organization...

MU & AFC : FAM perlu berhati-hati buat keputusan

Pergelutan dan dilemma yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mampu disembunyikan lagi. Sebaliknya ia telah menjadi bahan perbualan yang hangat dipekatakan oleh sebilangan besar peminat bola sepak dalam negara. Ia juga telah dilihat oleh mereka sebagai petanda akan ketidakmampuan badan induk bola sepak negara itu untuk menyelesaikan masalah semasa yang sedang dihadapi. Persoalannya, adakah FAM sebagai badan induk bola sepak yang telah ditubuhkan sekian lama masih mencari-cari jawapan yang harus diberikan kepada Konfederasi bola Sepak Asia (AFC)? Dilema tersebut muncul apabila FAM berdahadapan dua penganjuran bola sepak...

DEB tidak harus disalah tafsir

Konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB)yang dilaksanakan kerajaan adalah suatu dasar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Justeru ia memerlukan pemahaman yang lebih meluas yang merangkumi aspek Perlembagaan dan undang-undang negara, kedudukan ekonomi dan sosial semasa, dan termasuk aspek sejarah penubuhan negara sebelum kita mencapai kemerdekaan. Kenyataan yang dibuat oleh Duta dan Ketua Perwakilan Suruhanjaya Eropah ke Malaysia Thierry Rommel pada 21 Jun lalu yang mendakwa bahawa DEB tidak relevan kerana bersifat diskriminasi yang dilihat lebih banyak melindungi kaum Melayu dan bumiputra jelas menunjukkan kecetekan ilmu dan pemahaman beliau mengenai konsep sebenar dasar tersebut. Dasar Ekonomi Baru yang telah dibentangkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970 adalah suatu...

Mahasiswa Perlu Jadi Ikon Masyarakat

Universiti adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan ramai tokoh masyarakat pada masa akan datang. Tidak ketinggalan, ia juga diibaratkan seperti kilang yang akan mencetak generasi baru yang bertamadun yang bakal mencorak masyarakat dan negara. Itulah objektif sebenar penubuhan sesebuah universiti bagi semua negara di seluruh dunia. Justeru, tahniah diucapkan kepada meraka yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading kerana merekalah yang akan menjadi generasi pelapis bagi menentukan hala tuju masyarakat dan negara. Namun, persoalannya, sejauh manakah kemampuan mahasiswa itu sendiri untuk bersedia menjadi penyumbang utama kepada pembangunan agama, bangsa dan negara suatu masa nanti? Presiden Sukarno pernah berkata “kepimpinan itu tidak...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software