Tuesday, June 30, 2009

“PERHALUSI CADANGAN BIASISWA NASIONAL”

Siaran Media: “PERHALUSI CADANGAN BIASISWA NASIONAL” Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini. Biasiswa tersebut dicadangkan untuk diberi berdasarkan merit sepenuhnya. Ini bermakna biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar berkelayakan yang terbaik tanpa mengira kaum. PKPIM berpandangan bahawa cadangan tersebut perlu diperhalusi dengan baik dan teliti tanpa menidakkan sedikit pun hak kaum lain untuk memperolehi bantuan tajaan bagi menyambung pengajian di peringkat...

Saturday, June 27, 2009

Prof Diraja Ungku Aziz bantah PPSMI

Mingguan Malaysia28 Jun 2009Oleh ABDUL YAZID ALIASpengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 27 Jun - Kerajaan disaran merombak semula kaedah pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris bagi mengukuhkan penguasaan kedua-dua bahasa itu di kalangan pelajar sekolah. Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, cadangan itu dibuat kerana beliau berpendapat pelaksanaan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak semestinya akan meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut. "Kita bercakap daripada segi pengajaran dan pembelajaran bahasa, soal penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tidak timbul. "Sebaliknya, pembelajaran kedua-dua bahasa perlu ditingkatkan dengan bahasa Melayu perlu diberikan keutamaan yang sebaiknya," kata beliau ketika berucap merasmikan Kolokium...

Friday, June 26, 2009

MB Johor : Dasar PPSMI tidak beretika

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor."Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman."Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium...

Wednesday, June 24, 2009

Pemansuhan PPSMI: Kerajaan Perlu Tegas

SHAH ALAM, 24 Jun- Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP) menyambut baik janji Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan keputusan muktamad isu perlaksanaan polisi PPSMI pada awal Julai depan.Setiausaha PPSMI (GMP), Hasni Abas mahu pemansuhan PPSMI dilakukan segera setelah mengambil kira pendapat dan nasihat seluruh rakyat Malaysia.“ Kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia sebagai teras kepada perpaduan dan kemajuan negara. Oleh yang demikian slogan tersebut mesti didokong dan dibuktikan melalui keputusan tersebut’’, katanya kepada TVAntara petang tadi.Tambah Hasni, pihak GMP sedia bersemuka dengan kerajaan bagi membincangkan langkah-langkah...

Thursday, June 18, 2009

PKPIM dikunjungi oleh wakil IIFSO

Isnin 15 Jun 2009 – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) hari ini dikunjungi oleh Exco International Islamic Federation of Students Organizations (IIFSO) Dr Ahmed Abdelatti di pejabat Islamic Outreach Abim (IOA), Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut dibuat bertujuan untuk berkongsi beberapa agenda besar dan pelan jangka panjang IIFSO pada masa akan datang. Antara agenda besar yang diutarakan wakil berkenaan termasuklah Muktamar yang dijadualkan akan berlangsung pada Oktober depan di Jakarta.Beliau yang sebelum ini telah melawat beberapa pertubuhan Islam di Malaysia mengakhiri siri lawatan beliau bersama PKPIM sebelum...

Friday, June 12, 2009

PKPIM Bawa Suara Rakyat Palestin Ke Peringkat Antarabangsa

Muhammad Faisal Abdul Aziz sedang membentangkan kertas kerjaSimposium Antarabangsa Palestin anjuran Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) pada 30 – 31 Mei 2009 yang lalu telah menampilkan pelbagai tokoh Islam antarabangsa dari pelabagai negara sebagai usaha untuk mencari solusi jangka panjang terhadap krisis yang berlaku di rantau berkenaan. Apa yang menarik, Simposium berkenaan telah mengiktiraf ketokohan beberapa pemimpin NGO Islam di Malaysia apabila mereka dijemput oleh pihak penganjur untuk membentangkan kertas kerja. Pemimpin Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) En Ahmad Azam Abdul Rahman antara wakil Malaysia...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software