Tanggal 29 Ogos 2008, merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah gerakan mahasiswa apabila UIAM bersama-sama dengan PKPIM telah berjaya mencoret suatu sejarah yang bermakna apabila berjaya mengenengahkan tiga orang politikus dalam suatu dialog bersama mahasiswa berhubung pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), di Main Auditorium, UIAM.
Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada Sdr Fahmi selaku pengarah program yang juga merupakan Exco PKPIM dan seluruh jawatankuasa penggerak yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Penghargaan juga dirakamkan kepada Intelectual Youth Club (IYC), Mahallah Sidiq, dan Economics Society yang telah menyumbang.
Tahniah juga diucapkan kepada Sdr Saifullah Zulkifli yang telah bejaya mengelola dialog ini dengan terbaik sepanjang menjadi moderator.
Dialog yang bermula jam 9.00 malam itu dihangatkan dengan kelantangan empat orang penalis iaitu YB Dato Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri) yang mewakili BN, YB Yusmadi Yusof (MP Balik Pulau) yang mewakili PKR, YB Salehudin Ayob (MP Kubang Kerian) yang mewakili PAS, dan Sdr Muhammad Faisal Abdul Aziz (saya)yang mewakili mahasiswa-PKPIM.
Kesan langsung dari dialog ini jelas memperlihatkan masih ramai mahasiswa yang berkesedaran berhubung isu yang menyelubungi kelompok mereka ini. Dialog ini juga berjaya mempertemukan titik persamaan keempat-empat panelis berhubung pandangan mereka tentang AUKU.
Diharap dialog ini tidak terhenti di sini sahaja. Usaha yang lebih kehadapan dan konsisten perlu digapai oleh kita selaku penggerak gerakan pelajar untuk memastikan gerakan kita tidak terus terkubur.
SALAM PERJUANGAN.
"Hasta La Victoria Siempre"
0 comments:
Post a Comment