Saturday, December 26, 2009

Kebijaksanaan Bendahara Tun Perak

...

Friday, December 25, 2009

...

Friday, December 11, 2009

Konsep Ta'dib: Satu Penjelasan Ringkas

Dalam memberi takrif pendidikan secara sistimatik dan komprehensif, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas menegaskan dan menjelaskan bahawa tujuan pendidikan menurut Islam adalah untuk melahirkan seorang individu manusia yang baik. Justeru, bagi beliau apa yang perlu kita tekankan dalam pendidikan adalah nilai manusia sebagai manusia sejati. Maka, beliau menegaskan bahawa penekanan terhadap individu bukan hanya penting, tetapi juga merupakan strategi yang dilihat ampuh hari ini. Mekanisme pelaksanaannya adalah dengan memberi penekanan terhadap individu yang mengimplikasikan pengetahuan tentang akal, nilai dan spiritual, dan tentang tujuan dan maksud yang sebenar kehidupan ini memandangkan akal, nilai dan spiritual adalah unsur-unsur yang diwarisi oleh setiap individu.Lantaran itu, konsep Ta'dib...

Wednesday, December 2, 2009

PKPIM anjur Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) akan menganjurkan Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 13 Disember 2009 iaitu pada hari Ahad bermula pukul 8.30 pagi di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur.Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk menekankan keutamaan pandangan alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam serta memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.Dalam pada itu, PKPIM dalam membawa suatu rencah bagi memulihkan...

Sunday, November 15, 2009

Searching New Substance of Islamic Movement of the First Post Islamic Rise.

In conscious or not, the fact of the Malays in Malaysia have been through a major transformation towards an era of 70’s which according to Dean of The Faculty of Arts and Social Sciences University of Malaya Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman a transformation known as a change towards "new Malay". This change is presented through a clear understanding and perception that they hold to the actual meaning of the teachings of Islam. In the past Islam is only understood as the act of completing the five Pillars of Islam alone, but in the phase of 70’s their thought had been changed to understand Islam as Ad-Din or a way of life with a view of nature and their own vision. In addition, the book order and the Islamic Da'wah Movement in Malaysia has outlined some main points the Islamic revival in...

Saturday, November 7, 2009

Mencari Rencah Baru Gerakan Islam Pasca Kebangkitan Islam Pertama

Dalam sedar atau pun tidak, hakikatnya orang melayu di Malaysia sudah melalui satu transformasi besar-besaran menjelang era 70-an dimana menurut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman satu transformasi yang dikenali sebagai perubahan ke arah “Melayu baru”. Perubahan ini dijelmakan menerusi fahaman dan tanggapan yang jelas yang mereka dokong terhadap makna sebenar ajaran Islam. Sebelum ini Islam itu hanya difahami sebagai perbuatan yang melengkapkan lima Rukun Islam semata-mata tetapi dalam meniti fasa 70-an pemikiran mereka telah diubah ke arah memahami Islam sebagai Ad-Din atau satu cara hidup dengan pandangan alam dan visinya tersendiri.Selain itu, buku Gerakan Dakwah dan Orde Islam di Malaysia telah menggariskan beberapa garisan utama...

PKPIM Sokong Cadangan Sekolah Satu Aliran

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim minggu lepas yang menyatakan bahawa sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai kerana sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.Dalam meniti dasawarsa ke enam usia Malaysia, sudah tiba masanya dasar pengasingan aliran pendidikan yang diwarisi semenjak zaman penjajah dikaji semula kerelevanannya memandangkan usaha untuk membentuk kepelbagaian...

Thursday, October 22, 2009

PKPIM anjur "Malam Padang Prihatin"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan “Malam Padang Prihatin” pada 11 November 2009 iaitu pada hari Rabu pukul 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur. Tujuan “Malam Padang Prihatin” ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa tragedi gempa di Padang, Indonesia. Selain itu, penganjuran malam ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan prihatin. Di samping itu, “Malam Padang Prihatin” ini juga telah mendapat sokongan...

Monday, October 19, 2009

Kes Mahasiswa UM : PKPIM Jumpa Dato’ Saifuddin Abdullah

19 Oktober 2009/29 Syawal 1430 - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama beberapa aktivis mahasiswa Universiti Malaya telah bertemu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifuddin Abdullah dalam satu majlis serahan Memorandum membantah tindakan tatatertib Universiti Malaya terhadap lapan aktivis mahasiswa di lobi Parlimen tadi.Serahan memorandum berkenaan adalah bertujuan untuk membela beberapa aktivis mahasiswa yang dikenakan tindakan oleh pihak Universiti ekoran dari penganjuran program yang melibatkan pemimpin politik dari parti pembangkang.Dua dari lapan aktivis dituduh telah menganjurkan aktiviti yang melibatkan pemimpin...

Saturday, October 17, 2009

PKPIM anjur Solat Hajat Perdana

18 Oktober 2009 - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Masjid Negara telah menganjurkan Solat Hajat Perdana pada 16 Oktober 2009 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Solat Perdana yang didirikan sejurus selepas solat jumaat tersebut, telah diaminkan oleh hampir 10 ribu para jemaah yang hadir. Tujuan Solat Hajat Perdana tersebut diadakan adalah untuk mengajak masyarakat mendalami dan menghayati makna sebenar penyerahan diri kepada tuhan khususnya dalam menghadapi bencana alam seperti di Padang, Indonesia baru-baru ini. Maka, dengan penganjuran majlis berkenaan, PKPIM mengajak masyarakat untuk benar-benar mendalami maksud...

PKPIM anjur “Malam Padang Prihatin”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan “Malam Padang Prihatin” pada 11 November 2009 iaitu pada hari Rabu pukul 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur. Tujuan “Malam Padang Prihatin” ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa tragedi gempa di Padang, Indonesia. Selain itu, penganjuran malam ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan prihatin. Di samping itu, “Malam Padang Prihatin” ini juga telah mendapat sokongan beberapa pertubuhan pelbagai kaum yang turut bersama-sama membantu untuk memastikan kejayaan penganjuran malam amal tersebut. Pertubuhan lain...

Wednesday, October 7, 2009

PKPIM SERU SELURUH MAHASISWA SEMARAKKAN BULAN BAHASA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan yang diambil kerajaan untuk mengisytiharkan bulan Oktober ini sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan.Selaras dengan perisytiharan tersebut, PKPIM menyeru kepada seluruh anggota masyarakat khususnya generasi pelajar untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing untuk menyemarakkan kempen Bahasa Melayu sepanjang bulan Oktober ini.Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini adalah suatu usaha berterusan yang mampu untuk dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengangkat kembali kedudukan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan sekiranya sepanjang tempoh bulan ini diisi dan dimanfaatkan...

Monday, October 5, 2009

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam malaysia (PKPIM) lancar Tabung Kemanusiaan Ummat (Misi Pemulihan Padang)

5 Oktober: Susulan dari malapetaka yang melanda umat Islam di negara jiran, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam malaysia (PKPIM) telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Ummat (Misi Pemulihan Padang) untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung keluarga mangsa.Pada 30 September lalu, gempa bumi yang berukuran 7.6 Skala Richter telah melanda Pariaman, Padang yang telah mengakibatkan kerosakan teruk kepada harta benda serta meragut ratusan nyawa dengan angka terkini seramai 603 telah disahkan terkorban oleh Badan Menangani Bencana Sumatera Barat, Indonesia.Dalam pada itu, dua Gempa susulan awal pagi ini yang dicatatkan di Papua Barat dengan kekuatan...

Tuesday, September 29, 2009

Lagu Negaraku, Memula Moon & Terang Bulan : Mana yang asli?

Teori ADiperkenalkan oleh Raja Harun bin Sultan Abdullah semasa mengiringi Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) Sultan Perak (1887-1916) pada tahun 1901 semasa pertabalan King Edward VII. Juga ada yang mengatakan lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak pada masa itu dipilih oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris.Apabila sampai ke Port of Southampton, Pegawai Protokol bertanyakan tentang lagu rasmi negeri Perak. Memandangkan waktu itu Perak tidak memiliki lagu rasmi, Raja Harun bin Sultan Abdullah, menyembunyikan perkara sebenar yang negeri tersebut tidak memiliki lagu rasmi. Maka, beliau bersiul mengikut lagu yang menjadi siulan orang-orang Perak.Maka, lagu rasmi telah dimankan semenjak 1887 lagi semasa pertabalan...

Monday, September 28, 2009

Lagu Terang Bulan berasal dari Perancis bukan Indonesia?

Saya merujuk kepada fakta dalam artikel yang ditulis seorang penulis dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia pada September 2009.Isu Malaysia menciplak lagu Terang Bulan dari Indonesia untuk dijadikan lagu kebangsaan terus-menerus menjadi bahan bualan yang akhirnya membawa kepada persengketaan yang berpanjangan antara rakyat kedua-dua negara. Menurut fakta sebenar, meskipun lagu Terang Bulan popular di Indonesia suatu ketika dahulu yang dijadikan lagu pembukaan persembahan bangsawan, ia bukan milik asal Indonesia. Akan tetapi, ia telah diambil dari lagu asal ciptaan ahli muzik Perancis bernama Pierrr Jean de Beranger (1780-1857).Beranger sememangnya seorang ahli muzik yang terkenal terutama dalam menggubah lagu-lagu yang bersifat patriotik. Dalam pada itu, karya-karya Beranger juga sering kali...

Sunday, September 13, 2009

Antara Pidato Soekarno & Bung Tomo...

Pidato Sang Presiden SoekarnoPidato Bung T...

PKPIM Lancar “Gagasan Ta’dib Kepemudaan”

Krisis umat hari ini yang memperlihatkan kemelut berpanjangan menampilkan cerminan negatif kepada situasi yang akan berlaku menjelang 30 tahun mendatang. Senario ketidaktentuan masyarakat yang penuh dengan kebejatan dan keruntuhan dari sudut integriti, moral, budi, serta kegagalan mereka menjiwai rukun yang terkandung dalam “akhlaq al-karimah” mendesak kita untuk mencari rencah yang “solid” sebagai jawapan kepada krisis berkenaan.Sedar atau tidak, persoalan umat yang masih belum terungkai ini telah menuntut generasi muda hari ini untuk menawarkan suatu gagasan baru sebagai alternatif pemulihan kepada krisis berkenaan.Maka, atas bebanan amanah dan taklifan qiyadah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” suatu gagasan yang baru diperkenalkan...

...

Friday, September 11, 2009

KONFLIK MALAYSIA- INDONESIA: GERAKAN PELAJAR DUA NEGARA CAPAI PENDIRIAN BERSAMA

Dalam zaman di mana usia negara Malaysia dan Indonesia telah menggapai tempoh kematangan sebagai sebuah negara yang berdaulat, seharusnya isu pertikaian tentang soal-soal asasi berkaitan dengan kedua-dua negara tidak lagi timbul. Jika kita menyusuri kembali rentetan sejarah, sejak era 60-an sehingga kini, situasi hubungan kedua-dua negara tidak pernah sunyi dari konflik pertikaian yang kian lama kian menular tanpa diakhiri dengan usaha untuk mencari titik persamaan. Permasalahan-permasalahan serumpun seperti yang dibangkitkan seringkali berlarutan dan sentiasa berulang dari semasa ke semasa, malah lebih mengecewakan, pendekatan yang...

Rukun muafakat elak sengketa M'sia-Indonesia

MalaysiakiniRukun muafakat elak sengketa M'sia-IndonesiaSep 11, 09 3:06pm Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara.Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia.Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama itu dipersetujui dan ditandatangani hari ini oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua UMUM PII, Nashrullah Al-Ghifary.Lima pendirian bersama itu adalah:bullet button Menginsafi nilai persaudaraan Islam dan persamaan rumpun...

Wednesday, September 2, 2009

PKPIM Bakal Anjur MIFTAH 2009

Kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia akan sekali lagi diraikan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh oleh seluruh umat. Di peringkat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), kehadiran bulan Ramadhan tahun 1430H ini sekali lagi tepat dengan suasana dan keadaan semasa. Kesempatan untuk berpesta ibadah, untuk melakukan muhasabah, membersihkan jiwa serta mendidik diri perlu dimanfaatkan oleh seluruh ahli PKPIM yang baru sahaja selesai melaksanakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) yang ke-48.Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM sekali lagi akan...

Tuesday, August 25, 2009

Perutusan Kemerdekaan oleh Presiden PKPIM

Merdeka & Sarwa Pandang Anak MudaAbad ini telah menyaksikan dunia Islam telah mengalami proses untuk membebaskan dirinya daripada cengkaman penjajah. Akan tetapi perkembangan dunia Islam selepas perjuangan kemerdekaan rata-ratanya kosong dari segi roh penghayatan dan pengisian kemerdekaan. Sebagai contoh, di setengah negara, penjajah telah digantikan dengan diktator pribumi yang adakalanya lebih kejam dari penjajah yang diusir. Sementara itu, krisis akhlak dan jati diri anak muda di negara yang disebut semakin menular dan telah melepasi garis kebimbangan. Ditambah pula dengan sifat dan adab murninya yang sudah ditutupi oleh tabir kenyataan masyarakat yang secara zahir dhaif budinya. Situasi ini menuntut suatu rencah baru untuk disajikan kepada generasi muda hari ini. Secara umumnya, perencanaan...

Pemansuhan PPSMI: PKPIM GESA KERAJAAN BERTEGAS

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa agar pihak Kementerian Pelajaran bertegas untuk terus mempertahankan keputusan yang dicapai untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).PKPIM menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan pada pada 8 Julai lepas terlalu rapuh dan boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.Dalam pada itu, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa tempoh pemansuhan dasar PPSMI berkenaan akan berlanjutan dari 2012 sehingga ke tahun 2016. Bagi PKPIM tindakan untuk melanjutkan tempoh pemansuhan dasar berkenaan menunjukkan suatu petanda bahawa...

Monday, August 10, 2009

Ramadhan shahrul tarbiyyah

Pendidikan Ramadhan ...

Laksana idea bernas generasi muda

Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kerajaan kini melaksanakan pendekatan pengupayaan golongan muda bagi mendapatkan idea bernas mereka untuk memacu pembangunan negara yang lebih cemerlang.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiga ciri pentingnya ialah menghormati permintaan orang muda, menjadikan mereka sebagai rakan kepimpinan dan memberi ruang lebih luas mereka berfikir serta berorientasi mengikut ajaran Islam."Orang muda lebih mudah 'duduk semeja', mempunyai pendapat yang bijak dan mampu berbincang lebih rasional walaupun berbeza fahaman politik dan ini sudah terbukti sejak dulu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 di Kompleks MAYC di sini hari ini.Acara anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar...

Wednesday, July 29, 2009

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009

dari kini: EN. NASRULLAH, Ketua Umum Pengurus Besar Pelajar Islam Indonesia (PII), EN. MUHAMMAD FAISAL ABD. AZIZ, Naib Presiden PKPIM dan EN. MOHD. SYAMSUL SALLEH, YDP MPP UPM merangkap Jurucakap MPPK.Sidang Khas Generasi Muda "Antara Aspirasi Parti Politik dan Idealisme Generasi Muda"Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks...

Thursday, July 9, 2009

Natrah oh natrah...

Semalam Khamis (10 Julai 2009), engkau telah menghembuskan nafas engkau yang terakhir. Dikala itu engkau sudahpun berusia 72 tahun.Wahai NATRAH, entah mengapa kesedihan menyelubungi jiwaku setiap kali terkenangkan tragedi berdarah lebih 50 tahun lalu, di Singapura. Atas nama cinta, nama-nama seperti Che Aminah, Mansur Adabi, Prof Ahmad Ibrahim, Dr Burhanuddin Al-Helmy telah bermatian melawan usaha penjajah "menculik" engkau....Mungkin kerana engkau telah lupa? Atau mungkin juga ketika itu engkau masih mentah untuk memahami erti konflik agama...Kerana teramat cintakan engkau, Che Aminah telah bermatian mencari mereka yang dapat membela engkau...

Wednesday, July 8, 2009

PKPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUHKAN PPSMI

PKPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN KERAJAAN MANSUHKAN PPSMI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. PKPIM menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil...

Tuesday, June 30, 2009

“PERHALUSI CADANGAN BIASISWA NASIONAL”

Siaran Media: “PERHALUSI CADANGAN BIASISWA NASIONAL” Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini. Biasiswa tersebut dicadangkan untuk diberi berdasarkan merit sepenuhnya. Ini bermakna biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar berkelayakan yang terbaik tanpa mengira kaum. PKPIM berpandangan bahawa cadangan tersebut perlu diperhalusi dengan baik dan teliti tanpa menidakkan sedikit pun hak kaum lain untuk memperolehi bantuan tajaan bagi menyambung pengajian di peringkat...

Pages 381234 »

 
Photography Templates | Slideshow Software