Monday, January 25, 2010

PKPIM Anjur Multaqa' Nuqaba' Kebangsaan 2010

Dato' Dr Siddiq Fadzil24 Januari, Kajang - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Multaqa' Nuqaba' Kebangsaan 2010 pada 22-24 Januari 2010 yang bertempat di Kompleks Darul Hikmah, Kajang. Seramai 80 orang Nuqaba' yang terdiri dari pimpinan dan ahli dari seluruh kampus dan Badan Gabungan Negeri telah menjalani latihan melalui bengkel ceramah dan modul intensif yang bertujuan untuk membentuk nuqaba' PKPIM yang dinamik. Multaqa Nuqaba kali ini telah dibuka dengan Syarahan Ta’dib Perdana yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dengan membicarakan tajuk Ta’dib dan Pemahaman Dalam Perspektif Haraki.Dalam pada itu,...

Sunday, January 24, 2010

Religion, Law And Governance In South East Asia

Kuala Lumpur, Malaysia : 29th - 31st January 2010International Conference on Religion, Law And Governance In South East AsiaJointly organised by * International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. * International Center for Law & Religion Studies, Brigham Young University, USA. * Faculty of Law, University of Malaya, Malaysia. * Institute of Advanced Legal Studies Amity University, India. * International Consortium for Law and Religion Studies, University of Milan, Italy.DAY ONE: Friday January 29th 2010 5:00pm to 9:30pm * Registration of Participants * Reception * Maghrib Prayer * Inaugural...

Sunday, January 10, 2010

PKPIM Dapat Kepercayaan Majlis Belia Malaysia (MBM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terus mendapat kepercayaan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebuah pertubuhan belia terbesar yang merangkumi seluruh pertubuhan belia di Malaysia apabila dipilih untuk memimpin badan induk tersebut oleh majoriti sidang perwakilan.Mantan Presiden PKPIM, Mohd Zaidi Aziz, telah diberikan mandat oleh seluruh perwakilan apabila dipilih untuk memegang jawatan Setiausaha Agung MBM menggantikan Encik Tajudin Ahmad apabila dicalonkan atas tiket PKPIM untuk jawatan tersebut. Dalam pada itu, calon kedua PKPIM, Hasnul Haniff Harun pula telah mendapat undi sebanyak 249 dari kira-kira 300 perwakilan yang melayakkan...

Pertemuan dengan Datuk Jamil Khir Baharom: PKPIM kemuka tiga tuntutan

Pertemuan Datuk Jamil Khir Baharom: PKPIM kemuka tiga tuntutanPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menerusi Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah mengemukakan tiga tuntutan utama kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berhubung isu kalimah Allah sempena pertemuan tergempar NGO-NGO Islam pada 4 Januari 2010 di Hotel Putra, Kuala Lumpur.Tuntutan pertama ialah dengan mendesak seluruh agensi kerajaan yang bersangkutan dengan Islam untuk memperhebatkan agenda kefahaman dan penjelasan di seluruh negara khususnya di kampus-kampus bagi memastikan seluruh umat Islam benar-benar memahami isu yang menggemparkan...

PKPIM Lancar GERAKAN KEMPEN KESEDARAN GENERASI MUDA BERHUBUNG KES KALIMAH ALLAH

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 5 Januari 2010 / 19 Muharram 1431Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memustuskan untuk membenarkan tuntutan pihak Herald Catholic terhadap kerajaan Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan ‘Herald: The Catholic Weekly’.Keputusan tersebut telah mengundang kekeliruan khususnya dalam kalangan generasi muda tentang persoalan aqidah dan konsep ketuhanan. Kekeliruan ini boleh menyebabkan tergugatnya pegangan aqidah mereka yang menjadi kebimbangan utama PKPIM.Sementara...

PKPIM pimpin demonstrasi di Kampung Baru

8 Januari 2010- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) telah memimpin satu demonstrasi NGO-NGO Islam bagi membantah penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Katholik yang kini menjadi kontroversi.Perhimpunan aman yang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas Solat Jumaat itu telah menghimpunkan beberapa pertubuhan kerajaan Islam lain seperti Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan beberapa NGO lain. Perhimpunan yang berlangsung selama hampir 30 minit itu dimulakan dengan ucapan dari Presiden PKPIM saudara Muhammad Faisal...

Friday, January 1, 2010

KES KALIMAH ALLAH: PKPIM GESA KEMUKA RAYUAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan kes tuntutan pihak Herald Catholic terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak 'Herald Catholic Weekly'.PKPIM menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengemukakan rayuan secepat mungkin untuk menyemak semula keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam cetakan bahasa Melayunya. PKPIM juga melahirkan sokongan penuh kepada usaha pihak Kementerian selama ini yang bertegas untuk terus tidak membenarkan tuntutan yang disalurkan mereka kepada pihak berkuasa. PKPIM ingin menegaskan bahawa dalam konteks masyarakat Malaysia...

PKPIM SOKONG DIWUJUDKAN SEMULA SUDUT PIDATO

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam akhbar yang bertarikh 31 Disember 2009 untuk mewujudkan semula sudut pidato di setiap universiti dalam Negara.PKPIM menyokong penuh pandangan tersebut memandangkan ia berupaya untuk menghidupkan kembali budaya ilmu dan intelektual di yang telah malap sekian lama di universiti selain mengangkat peranan utama universiti itu sendiri sebagai pusat keilmuan dan pendidikan.Dalam pada itu, ia mampu meluaskan pemikiran dan kepekaan mahasiswa terhadap isu-isu semasa yang melingkari masyarakat dan mahasiswa. Ia sememangnya...

Pages 381234 »
 
Photography Templates | Slideshow Software