Tuesday, December 11, 2007

Hindraf : Dakwaan Yang Memerlukan Penjelasan

Dalam perkembangan sejarah sebelum merdeka, kaum India telah dibawa oleh pihak British untuk berkhidmat di ladang-ladang getah milik mereka. Setelah sekian lama mereka menetap di Tanah Melayu, sebahagian mereka telah menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup di sini sehingga pada ketikanya, mereka enggan untuk dibawa pulang ke India apabila ditawar British. Mengapa? Hal ini ekoran dari kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi oleh mereka di sini yang dimana ianya sukar untuk diperolehi di tanah asal mereka. Maka untuk menyelesaikan permasalahan ini, pihak British telah mengemukakan pelbagai pendekatan termasuk perjanjian antara kaum...

Saturday, December 8, 2007

Pertumbuhan Inflasi : Bebanan Rakyat Perlu Ditanggung

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2006Fenomena kenaikan harga barang termasuk yang terbaru ayam dan roti dalam pasaran domestik negara berada pada tahap yang semakin membimbangkan. Dasar pasaran kita yang terlalu bergantung kepada ukuran permintaan dan penawaran tanpa kawalan dari pihak bertanggungjawab akan menyebabkan berulangnya krisis inflasi yang melanda negara dahulu. Isu ini telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia berikutan ianya bersangkutan dengan kos sara hidup yang perlu ditempuhi oleh mereka. Hanya yang menjadi titik perbezaan adalah tahap pendapatan yang diperolehi mereka. Bagi golongan yang berpendapatan rendah, seperti...

Thursday, November 15, 2007

Eksclusive Bersih : Police remains brutal

AljazeeraBBCCNNPandangan Mereka...

Wednesday, November 14, 2007

Perjuangan Dari Jakarta Ke Kuala Lumpur....

Dalam ruangan ini, ingin saya membawa saudara dan saudari ke sebuah negara jiran yang corak berpolitik mahasiswanya cukup berbeza berbanding dengan negara kita ini, iaitu Indonesia, negara yang masih kuat berpegang kepada prinsip konsensus “Pancasila” yang dipersetujui oleh nenek moyang mereka. Pada 21- 24 Julai 2007 lalu, saya bersama rakan-rakan PKPIM telah berada di Jakarta untuk mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara yang dianjurkan di negara tersebut. Sepanjang keberadaan saya di sana, sesuatu perbezaan dapat dirasai dalam konteks persepsi masyarakat terhadap golongan mahasiswa seperti saya. Mahasiswa dipandang tinggi dan begitu dihormati oleh setiap lapisan masyarakat dari golongan kelas atasan sehingga ke golongan bawahan....

Exclusive Bersih : Malaysian Minister make all Malaysian ashame

...

Saturday, October 20, 2007

Auku harus dipinda

Pada era pascamodenisme ini, Mahasiswa seharusnya mengorak langkah menjana perubahan untuk memperkasakan kembali kekuatan Mahasiswa dalam seluruh aspek yang menyentuh tentang persoalan spiritualisme, idealisme, intelektualisme, dan aktivisme. Mahasiswa harus keluar dari kepompong lama yang menyaksikan bagaimana mahasiswa tidak lagi menjadi bahan instrumen yang penting dalam masyarakat. Mereka dangkal dengan persoalan dan isu-isu nasional dan antarabangsa, kekok untuk berbicara dalam menyatakan pendirian mereka berkenaan sesuatu isu, dan cetek dalam persoalan disiplin ilmu.Setiap hari, kita sering kali dihidangkan dengan pelbagai isu-isu semasa yang cukup signifikan sama ada yang bersifat nasional mahupun yang menyentuh tentang perkembangan luar negara. Namun sejauh manakah isu-isu sebegini...

Friday, October 5, 2007

Dimanakah Idealisme perjuangan Mahasiswa?

Universiti adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan ramai tokoh masyarakat pada masa akan datang. Tidak ketinggalan, ia juga diibaratkan seperti kilang yang akan melahirkan generasi pemimpin bertamadun yang bakal menentukan corak dan hala tuju masyarakat dan negara. Namun, masih terdapat kekeliruan tentang apakah sebenarnya fungsi sebuah universiti. Apakah sekadar melahirkan professional yang hanya mengejar pekerjaan? Atau hanya melahirkan graduan yang ingkar upaya dan pentingkan diri untuk bersama masyarakat? Atau hanya melahirkan generasi cerdik pandai tetapi mungkir pada bakti?Menurut Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara, kita perlu banyak melabur dalam pendidikan insan. Pembangunan negara yang terbaik bagi sesuatu bangsa...

Apakah konotasi sebenar konsep perkongsian kuasa?

Konsep perkongsian kuasa di Malaysia telah didirikan sekian lama atas semangat untuk memacu kejayaan negara secara kolektif tanpa mengira kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa antara perkara pokok yang mempengaruhi kekuatan konsep ini adalah prinsip yang dikenali sebagai “kontrak sosial”, iaitu suatu perjanjian yang telah dicapai sebelum merdeka. Maka prinsip kontrak sosial yang telah dimeterai oleh tokoh-tokoh terdahulu yang menjadi landasan kepada pembinaan konsep perkongsian kuasa ini seharusnya dihormati oleh semua pihak. Jikalau kita menelusuri sejarah kontrak sosial ini, dua bentuk persetujuan telah dicapai antara bangsa Melayu dan kaum bukan Melayu. Pertama, kaum bukan Melayu hendaklah menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah pewaris Tanah...

Friday, July 20, 2007

demo.jpg (JPEG Image, 3258x1780 pixels)

demo.jpg (JPEG Image, 3258x1780 pixe...

Thursday, July 12, 2007

Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains & Matematik wajar dikaji semula

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan. Namun, tidak pula yang bercakap tentang bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi tunjang dalam memperoleh kemajuan. Sedangkan bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas sebagai salah satu cabang dari bahasa-bahasa Austronesia oleh sekitar 300 juta penutur dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia....

FTA : Antara Pro & Kontra

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dibentuk menerusi jalinan kerjasama antara dua atau lebih negara yang bersetuju secara dasar untuk mengurangkan tarif atau tidak mengenakan sebarang tarif ke atas semua produk ataupun sejumlah produk yang diperdagangkan di antara negara-negara yang terlibat. Secara mudah, ianya ditafsirkan dengan istilah kebebasan dan tanpa dihalangi oleh sebarang sekatan dalam aspek perdagangan untuk memastikan hubungan perdagangan yang bersifat multilateral berjalan dengan licin. Malaysia adalah antara negara yang aktif dalam usaha untuk membentuk hubungan kesepakatan seperti ini. Setakat ini Malaysia telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam perdagangan dunia seperti menerusi proses perjanjian perdagangan bebas dua hala...

Hegemony behind FTA

The process of signing the agreement along with other countries is spreading rapidly. We look like to be too keen in implementing that process. So far, Malaysian Government still in the process of studying the consequences of the FTA with United States . We nowadays are more likely to please the Americans compared to previous times. Malaysia is seen as likely to bow to pressure by the United States to enter into Free trade Agreement (FTA) with the imperialist superpower. We as Malaysians must rise in arms to protest against FTA that would be most likely to be lopsided in the US favour. That is the nature of FTA which was rushed through by the Americans for the countries in Latin America . I would like to point out that unlike multilateral agreements of World Trade Organization...

MU & AFC : FAM perlu berhati-hati buat keputusan

Pergelutan dan dilemma yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mampu disembunyikan lagi. Sebaliknya ia telah menjadi bahan perbualan yang hangat dipekatakan oleh sebilangan besar peminat bola sepak dalam negara. Ia juga telah dilihat oleh mereka sebagai petanda akan ketidakmampuan badan induk bola sepak negara itu untuk menyelesaikan masalah semasa yang sedang dihadapi. Persoalannya, adakah FAM sebagai badan induk bola sepak yang telah ditubuhkan sekian lama masih mencari-cari jawapan yang harus diberikan kepada Konfederasi bola Sepak Asia (AFC)? Dilema tersebut muncul apabila FAM berdahadapan dua penganjuran bola sepak...

DEB tidak harus disalah tafsir

Konsep Dasar Ekonomi Baru (DEB)yang dilaksanakan kerajaan adalah suatu dasar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Justeru ia memerlukan pemahaman yang lebih meluas yang merangkumi aspek Perlembagaan dan undang-undang negara, kedudukan ekonomi dan sosial semasa, dan termasuk aspek sejarah penubuhan negara sebelum kita mencapai kemerdekaan. Kenyataan yang dibuat oleh Duta dan Ketua Perwakilan Suruhanjaya Eropah ke Malaysia Thierry Rommel pada 21 Jun lalu yang mendakwa bahawa DEB tidak relevan kerana bersifat diskriminasi yang dilihat lebih banyak melindungi kaum Melayu dan bumiputra jelas menunjukkan kecetekan ilmu dan pemahaman beliau mengenai konsep sebenar dasar tersebut. Dasar Ekonomi Baru yang telah dibentangkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970 adalah suatu...

Mahasiswa Perlu Jadi Ikon Masyarakat

Universiti adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan ramai tokoh masyarakat pada masa akan datang. Tidak ketinggalan, ia juga diibaratkan seperti kilang yang akan mencetak generasi baru yang bertamadun yang bakal mencorak masyarakat dan negara. Itulah objektif sebenar penubuhan sesebuah universiti bagi semua negara di seluruh dunia. Justeru, tahniah diucapkan kepada meraka yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading kerana merekalah yang akan menjadi generasi pelapis bagi menentukan hala tuju masyarakat dan negara. Namun, persoalannya, sejauh manakah kemampuan mahasiswa itu sendiri untuk bersedia menjadi penyumbang utama kepada pembangunan agama, bangsa dan negara suatu masa nanti? Presiden Sukarno pernah berkata “kepimpinan itu tidak...

Pages 381234 »

 
Photography Templates | Slideshow Software