Wednesday, December 22, 2010

PKPIM Anjur Diskusi Kebudayaan Kebangsaan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Diskusi Kebudayaan Kebangsaan pada 1 Januari 2011 iaitu pada hari Sabtu jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Besar, Bangunan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Taman Cemerlang, Kuala Lumpur. Tujuan diskusi ini diadakan adalah sebagai langkah pertama dalam memacu agenda PKPIM untuk memartabat Dasar Kebudayaan Kebangsaan. PKPIM sebagai gerakan yang mencetus “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” yang konsisten melihat kemafsadahan umat itu berakar dari menyimpangnya ilmu serta ketirisan umat dalam persoalan Ta’dib, Tarbiyah, dan Ta’lim secara serius mendokong usaha baru untuk memugar rencah...

Tuesday, December 14, 2010

Kempen Penghayatan Al-Quran

Allah SWT berfirman dalam Surah al-'Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:(Wahai Muhammad) Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan seluruh makhluk. Ia telah menciptakan manusia dan segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar dengan pena. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.Sempena sambutan Tahun Baru Hijrah 1432, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia mengajak seluruh generasi muda dan lapisan masyarakat untuk kembali mengahayati Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan.Situasi hari ini memperlihatkan umat begitu memerlukan satu langkah penyelesaian terhadap permasalahan...

Saturday, October 23, 2010

Ekuiti 30%: PKPIM Saran Pemuda Hayati Tulisan Abdullah Munsyi

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)24 Oktober 2010 Ekuiti 30%: PKPIM Saran Pemuda Hayati Tulisan Abdullah Munsyi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada harapan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berharap agar sasaran 30 peratus ekuiti yang disasarkan melalui Dasar Ekonomi Baru akan dapat dicapai dalam tempoh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. PKPIM berpandangan bahawa segala dasar untuk memperkasa ekonomi orang Melayu tidak akan ke mana sekiranya kita masih terus mengamalkan sistem pengagihan kekayaan ala feudal yang hanya menguntungkan beberapa kerat golongan bangsawan...

Wednesday, October 13, 2010

PKPIM Bantah Penganjuran Konsert Adam Lambert

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)13 Oktober 2010/ 1431 HPKPIM BANTAH PENGANJURAN KONSERT ADAM LAMBERT Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada konsert 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dianjurkan oleh Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music bakal diadakan pada hari khamis ini di Stadium Bukit Jalil. PKPIM berpendirian tegas membantah konsert Adam Lambert yang bakal diadakan berkenaan memandangkan konsert tersebut melibatkan artis yang berlatar belakangkan peribadi moral yang negatif dan bertentangan dengan nilai agama dan norma-norma kehidupan serta...

Saturday, October 9, 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan: Budayakan 1 Malaysia dengan Bahasa Melayu

Bulan Bahasa Kebangsaan tiba lagi dan pastinya seperti tahun sebelumnya mereka yang komited terhadap perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu,Bahasa Kebangsaan akan terus melaung-laungkan seruan agar semua pihak khususnya pemimpin politik benar-benar serius untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Rakyat Malaysia yang serius untuk mewujudkan perpaduan antara rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama akan tetap berusaha sedaya upaya untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia menguasai Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin. Pada era dunia globalisasi yang semakin terbuka ini pastinya kita tidak berfikiran sempit untuk mengabaikan penguasaan...

Tuesday, September 28, 2010

PERHALUSI DASAR PEMBAYARAN PTPTN MELALUI POTONGAN GAJI

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 29 September 2010 PERHALUSI DASAR PEMBAYARAN PTPTN MELALUI POTONGAN GAJI Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada laporan baru-baru ini bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan dasar potongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjaman yang gagal melunaskan bayaran tertunggak mulai Jun tahun hadapan.PKPIM berpandangan bahawa dasar pemotongan gaji berkenaan seharusnya diperhalusi dan dikaji sedalam-dalamnya dengan mengambil beberapa...

Thursday, September 9, 2010

PERUTUSAN PRESIDEN PKPIM SEMPENA AIDILFITRI 1431 H

Assalamualaikum WarahmatullahAllahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…Firman Allah swt“(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”(Al-Quran, surah Al-Fath 48:4)Alhamdulillah, segala syukur kita angkat hanya kepada Allah, Selawat dan salam ke atas nabi junjugan besar Rasulullah Sallahu’alaihi...

Tuesday, August 24, 2010

KONFLIK MALAYSIA-INDONESIA: PKPIM DESAK HORMATI RUKUN MUAFAKAT

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)24 Ogos 2010/ 14 Ramadhan 1431 HKONFLIK MALAYSIA-INDONESIA: PKPIM DESAK HORMATI RUKUN MUAFAKATPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang dilaporkan telah melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan termasuk bendera Malaysia sambil dipijak-pijak dalam satu tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta.PKPIM menggesa agar agar seluruh mahasiswa dan generasi muda Indonesia supaya bertenang dan jangan sama sekali terpengaruh dengan tindakan provokasi murahan yang sengaja diadakan oleh pihak tertentu...

Saturday, August 21, 2010

Barisan Pimpinan PKPIM Sesi 2010/2011

Presiden : Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz (KPIP)Timbalan Presiden : Akmal Afiq Bin Mohamad (KPIP)Naib Presiden Antarabangsa : Ahmad Fahmi Bin Samsudin (KEPITAR)Naib Presiden Kebangsaan : Mohd Khairul Ridhuan Adha Bin Akhiar (PPINS)Naib Presiden HEWI : Syarifah Sumayyah Binti Syed Malick (PPIWP)Setiausaha Agung : Abu Qassim Nor Azmi (PPINS)Bendahari Kehormat : Nur Syafafwati Binti Mohd Sahimi (KPIP)Timbalan HEWI 1 : Fatin Nur Majdina Binti Nordin (PEMBIMBING)Timbalan HEWI 2 : Siti Nur Sakinah Binti Ahmad Budiman (PPIWP)Penolong Setiausaha 1 : Siti Nur Dalila Melitulsamsi (KPIJ)Penolong Setiausaha 2 : Mohd Shahril Effendi Bin Mohd Yunus (KPIP)Barisan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sesi 2010/20111. Dakwah & Tabiyyah :-Mohamad Fazril Bin Mohd Salleh (KPIP)-Mohd Arrabe’ Bin Baei (PEPIAS)-Puteri...

Sunday, August 15, 2010

PKPIM Lancar Tabung Mangsa Banjir Pakistan

Majlis Pelancaran di Putra World Trade Center (PWTC) baru-baru iniKENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)17 Ogos 2010/ 7 Ramadhan 1431 HPKPIM LANCAR TABUNG MANGSA BANJIR PAKISTANPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada rayuan yang dibuat oleh Duta Besar Pakistan di Malaysia Masood Khalid kepada semua warga tempatan untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa banjir besar di negara berkenaan yang telah mengorbankan hampir 2,000 nyawa serta mengakibatkan 14 juta penduduk hilang tempat tinggal termasuk 1.4 juta kanak-kanak.Maka, susulan dari malapetaka yang terburuk pernah menimpa negara berkenaan...

Wednesday, August 4, 2010

PKPIM anjur Seminar Maqasid Syariah: Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) akan menganjurkan Seminar Maqasid Syariah: Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan sempena Ijtima’ Harakiy Pertama bagi tiga pertubuhan tersebut.Maklumat program adalah seperti berikut:Tarikh: 7 Ogos 2010 MBersamaan: 26 Sya’ban 1431 HHari: SabtuMasa: 8:00 pagi hingga 4:30 petangTempat: Dewan Gemilang Mercu Idaman, German-Malaysian Institute, Kajang, Selangor (lihat peta)Anjuran:Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)Aturcara:8:00 – 8:15...

Sunday, July 4, 2010

Falling into the extremists’ net

Falling into the extremists’ netBy RASHVINJEET S. BEDIsunday@thestar.com.myHow do people become indoctrinated into becoming militants? Sunday Star explores the issue.TALK about extremism or JI here and the names of former Universiti Teknologi Malaysia (UTM) lecturer Dr Azahari Husin and postgraduate student Noordin Mohd Top are bound to crop up.Both Malaysians gained notoriety when they were linked to the 2002 Bali bombings that killed more than 200 people.The duo, who were on the FBI’s wanted list for several years, have since been killed by Indonesian police but there is concern that some Malaysian campuses are still not out of the radar of extremist groups.JI recently made the news again when Malaysian police claimed there were attempts by the group to revive its struggle by recruiting...

Thursday, July 1, 2010

PKPIM akan bantu penghuni Rumah Kebajikan Titian Kasih

1 Julai 2010: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan membantu semampu mungkin untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh 73 penghuni wanita termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Rumah Kebajikan Titian Kaseh (RTK), Kuala Lumpur yang diarahkan Mahkamah untuk berpindah dalam satu siri lawatan khas ke premis berkenaan tadi.Menerusi lawatan berkenaan, Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Setiausaha Agung Khairul Anuar Musa telah mengadakan perbincangan dengan Hjh Sharifah Binti Adlan atau Mak Pah pengelola kepada Pusat Jagaan Titian Kaseh bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang isu berkenaan.Dalam pada...

Tuesday, June 15, 2010

Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010 (PMGK’10)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM) akan menganjurkan Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2010 (PMGK’10) pada 25-27 Jun 2010 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.PMGK’10 ini bertujuan untuk melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai persediaan untuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Hasrat ini dilaksanakan dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra-syarat penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembentukan bangsa yang mapan dan pembinaan tamadun yang tinggi. Dalam pada itu, ia juga dilaksanakan untuk membantu mendedahkan kepada para pelajar tentang kehidupan...

Sunday, June 13, 2010

PKPIM BANTAH CADANGAN WAJIB TAMIL & MANDARIN DI SEKOLAH

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)14 Jun 2010/ 2 Rejab 1431 HPKPIM BANTAH CADANGAN WAJIB TAMIL & MANDARIN DI SEKOLAHPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada permintaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas supaya bahasa Mandarin dan Tamil dijadikan subjek wajib dalam sistem pendidikan negara bagi menggambarkan gagasan 1 Malaysia.PKPIM berpandangan bahawa permintaan untuk mewajibkan dua bahasa tersebut di sekolah kebangsaan menerusi sistem pendidikan kebangsaan adalah tidak wajar dan ianya masih terlalu awal untuk dilaksanakan. Ini memandangkan tahap penguasaan bahasa...

Wednesday, June 2, 2010

PKPIM anjur perhimpunan sokong kerajaan Turki

Khamis 3 Jun 2010- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama badan gabungan Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) yang berpusat di Turki telah menganjurkan satu perhimpunan aman di hadapan kedutaan Turki bagi menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Turki yang telah memimpin gerakan misi kemanusiaan Flotilla untuk rakyat Palestin di Gaza.Perhimpunan aman yang telah dianjurkan kira-kira jam 10.30 pagi tersebut turut melibatkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH), Future Global Network (FGN), Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT), Global Peace Mission Malaysia (GPM)...

Tuesday, June 1, 2010

PEPIAT Condemns Israeli Attack against International Humanitarian Aid Flotilla

MEDIA STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE South East Asia Muslim Students Federation (PEPIAT) 1st of June 2010 PEPIAT Condemns Israeli Attack against International Humanitarian Aid FlotillaSouth East Asia Muslim Students Federation (PEPIAT) strongly condemns the brutal and fatal attack by the Israeli Defence Forces against an international humanitarian aid flotilla of ships (Freedom Flotilla) on international waters which were bringing much needed medical supplies, food, building materials and other necessities into Gaza.This mission is a collaborative effort between Malaysian...

Monday, May 31, 2010

PKPIM KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA KEBEBASAN

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 1 Jun 2010/ 18 Jamadil Akhir 1431 H PKPIM KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA KEBEBASANPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza. Dalam perkembangan terbaru itu, PKPIM beranggapan serangan kejam yang mengakibatkan kematian seramai 15 orang adalah salah dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa....

Sunday, May 30, 2010

Relocation of KTM Station in Singapore

(LIMSIMI.COM)In a historic move, Singapore and Malaysia have agreed to series of measures to further improve upon bilateral relations. In the spirit of enhancing ties towards a win-win situation, Prime Minister Lee Hsien Loong and Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak issued a joint statement on 24th May 2010 on an exciting list of initiatives which will bode well into the future for both Singaporeans and Malaysians.Measure #1: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) station will be relocated from Tanjong Pagar to the Woodlands Train Checkpoint (WTCP) by 1 July 2011.Why this will work out:i. The land KTMB is currently sitting on at Tanjong Pagar is at a prime district, just kilometers away from Singapore’s Central Business District (CBD). Relocation of KTMB will release the land...

Friday, May 28, 2010

PKPIM Pimpin Pelajar Islam Asia Tenggara

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) telah diberi kepercayaan untuk memimpin seluruh pelajar Islam Asia Tenggara apabila Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) bagi sesi 2010-2012 bagi menggantikan mantan Ketua Umum Pelajar Islam Indonesia (PII), M. Zaid Makarma.Perlantikan ini dibuat secara rasmi dalam KONVENSYEN PEPIAT 2010 dan BENGKEL STRATEGIK PELAJAR ISLAM ASIA TENGGARA yang diadakan baru-baru ini iaitu pada 24-25 Mei 2010 di Hotel Equatorial, Bangi.Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) adalah sebuah organisasi yang menghimpunkan...

Friday, May 21, 2010

PKPIM anjur Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010 pada 24 & 25 Mei 2010 iaitu pada hari Isnin dan Selasa di Dewan Kediaman Rasmi Exco Kerajaan Selangor, Shah Alam.Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi idea dan gagasan khususnya dalam ruang lingkup pelajar Islam di peringkat Asia Tenggara. Selain itu, penganjuran konvensyen ini juga adalah untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan organisasi pelajar Islam Asia Tenggara di samping memberi pendedahan seluas-luasnya kepada pelajar Islam di Malaysia berkenaan dengan aktiviti dan kegiatan gerakan-gerakan...

Wednesday, May 19, 2010

PKPIM bersama menganjurkan Seminar Antarabangsa “Good Governance”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama Union of NGOs of Islamic World (UNIW), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa “Good Governance in the Muslim World” pada 23 May 2010 iaitu pada hari Ahad pukul 8.00 pagi di Hotel Equatorial, Bangi.Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mengukuhkan pemahaman tentang konsep “good governance” sebagai idea sejagat sepertimana yang disaran oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, penganjuran seminar ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang “good governance”...

Thursday, May 13, 2010

PKPIM BANTAH PEMBERIAN LESEN JUDI PIALA DUNIA

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 13 Mei 2010/ 28 Jamadil Awwal 1431 H PKPIM BANTAH PEMBERIAN LESEN JUDI PIALA DUNIAPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan kerajaan yang telah memberikan lesen pertaruhan judi sempena Piala Dunia 2010 secara rasmi kepada Kumpulan BERJAYA.PKPIM membantah sekeras-kerasnya pemberian lesen ini memandangkan ia amat bercanggah dengan nilai-nilai murni ketimuran dan akhlak Islam yang didokong oleh masyarakat Malaysia secara umum sekian lama.Selain...

Wednesday, May 5, 2010

6 RESOLUSI FORUM “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 5 Mei 2010/ 20 Jamadil Awwal 1431 H 6 RESOLUSI FORUM “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID” Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) yang berlangsung pada 4 Mei 2010 di Kuala Lumpur telah berjaya mencapai enam resolusi. Dalam pada itu, Forum “Keadilan untuk adik Aminulrasyid” tersebut telah menampilkan tiga...

Thursday, April 29, 2010

PKPIM anjur Forum "Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) akan menganjurkan Forum “Keadilan Untuk Adik Aminulrasyid” pada 4 Mei 2010 iaitu pada hari Selasa pukul 8.00 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.Tujuan forum ini diadakan adalah sebagai platform untuk menjawab persoalan-persoalan yang belum terungkai di samping memahami isu ini dengan lebih mendalam khususnya dalam aspek hak asasi manusia dan perundangan. Selain itu, penganjuran forum ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan...

Tuesday, April 27, 2010

PKPIM LANCAR KEMPEN “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID”

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)27 April 2010/ 12 Jamadil Awwal 1431 H PKPIM LANCAR KEMPEN “KEADILAN UNTUK ADIK AMINULRASYID” Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kes seorang pelajar yang bernama Aminulrasyid Hamzah yang berusia 15 tahun yang dilaporkan mati ditembak oleh anggota polis peronda dalam satu insiden di Shah Alam awal pagi semalam. PKPIM berpandangan pihak polis tidak wajar melepaskan tembakan ke atas pelajar berkenaan memandangkan pelajar tersebut bukan dalam keadaan yang membahayakan. Sebaliknya, pihak polis masih boleh menggunakan pelbagai cara untuk memastikan pelajar...

Sunday, April 25, 2010

Tamrin Qiyadi Kebangsaan 2010

Assalamulaikum wbt. Untuk makluman semua, penganjuran Tamrin Qiyadi Kebangsaan PKPIM 2010 telah ditukar. Berikut adalah maklumat terbaru berkaitan TQK 2010 : Tarikh : 14 Mei - 16 Mei 2010Tempat : KB Chalet, Ayer Tawar, Perak.Bayaran: RM 20 (bayaran ini termasuk penginapan, makanan, pengangkutan dll.) Peserta hanya dikalangan pimpinan sahaja. Tentatif akan diberikan bersama Notis ke-2 TQK 2010. Minta kerjasama YDP/ TYDP/ Amir/Amirah untuk menghantar senarai nama peserta (sekurang-kurangnya 5 orang wakil dari setiap kampus dan BGN) ke emel majlistarbiyah_pkpim@yahoo.com ataupun hubungi: •Sdr. Fazril Saleh (Pengarah Program) 013-277 5313•Sdri....

Friday, April 23, 2010

Buku Rujukan Gagasan Ta'dib Kepemudaan

Buku: Falsafah Dan Amalan Pendidikan IslamKANDUNGANPrakataDaftar SingkatanPENDAHULUANBAB 1 PANDANGAN METAFIZIKA TENTANG WUJUD DAN KEWUJUDANMetafizika Islam Menurut Al-AttasManusia dan PsikologinyaKebebasan dan Nasib Manusia Alam RayaBAB 2 ILMU DAN CARA MENCAPAINYAIlmu Pengetahuan dan Akidah IslamDefinisi Ilmu PengetahuanJenis-jenis Ilmu secara Umum Saluran PengetahuanBAB 3 MAKNA DAN TUJUAN PENDIDIKANPandangan yang Mengutamakan IndividuInsan AdabiPengembangan MasyarakatKehilangan AdabBAB 4 IDEA DAN REALITI UNIVERSITI ISLAMUniversiti Islam sebagai MikrokosmosIslam dan Munculnya Universiti BaratKebebasan Akademik dan Pengembangan IlmuPendidikan...

Wednesday, April 14, 2010

PERNYATAAN SIKAP TERHADAP ISU JENAYAH QADHAF

PERNYATAAN SIKAP TERHADAP ISU JENAYAH QADHAFبسم الله الرحمن الرحيملقد أرسلنا رسلنا بالبيّنات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط وأنزلنا الحديد فيه بأس شديد ومنافع للناس وليعلم الله من ينصره ورسله بالغيب إن الله قوى عزيزSesungguhnya, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan Kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesunggguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.Al-Hadid:25Petikan ayat 20 surah al-Hadid di atas seharusnya menyedarkan kita bahawa sesungguhnya keadilan (al-qist)...

Pages 381234 »

 
Photography Templates | Slideshow Software